Lagu rakyat pahang

Hyee . Harini aku nak share dengan korang benda baik punya.Tajuk pon dah menunjukkan bahawa semangat kerakyatan sangatlah tinggi . Kadang-kadang kena sedar diri dan kembali ke pangkal jalan,asyik lupa daratan layan lagu Bruno Mars,Wali Band je . Harini buat buat ingat nenek di kampung nyanyi lagu rakyat pulak

3 minggu lepas , wedding pak cik aku . Memang aku tak cerita langsung pasal wedding tu sebab memang pemalas nak ambik usb cucuk . Memang teruk tahap pemalas aku . Sebelum hari tu,malam tu kitorang cousin-cousin pergi karoeke . Karoeke dekat rumah bukannya dekat tempat gajah kuala gandah tu.

Tak pa orang kampung semua faham kenapa kitorang memekik memekik malam-malam buta . Kitorang bukannya nyanyi lagu Bruno Mars,Justin Bieber . Aku takut kitorang nyanyi lagu Justin Bieber kang,nenek-nenek pon keluar rumah ikut nyanyi Baby,baby,baby sambil ikat kain batik bagi ketat. =D

Muka mula-mula dengar lagu tu muka sebiji macam ni.LAGU APKEBENDA NI WEII.

Lagu first,dah lah abang sedara aku yang nyanyi tu gila-gila . Lepas dengar,Enjoy gila lepastu semua dah macam

Ikut lagu tu .Lagi-lagi time korus .


Lagu second lagi gempakk .Lagu dia bila dengar je mesti gelak,dengan loghat dia.Series,aku tak tau pahang ada loghat . Tengok dengan video lagi terbahak-bahak kau gelak. Kitorang dah rancang dah nak buat lagu ni jadi koir pada pagi raya nanti .Bangga nenek aku dapat cucu yang mengekalkan kerakyatan macam kitorang ni .Mesti orang kampung dengar lepastu jumpa nenek aku cakap " Lang Non,bagus betul cucu kamu yer hafal lagu rakyat pahang,cucu koi haram ,lagu Bruno Mars diorang hafal ler "

Aku tak tau lah diorang memekak sampai pukul berapa,yang aku tau lepas habis je lagu rakyat ni,diorang nyanyi semua lagu jiwang.Tenda biru semua,aku dengar emosi terus tak betul,masuk rumah,tidur.

Gambar time karoeke tahun lepas . #1


#2
Aku mempunyai cousin yang sangat gila . Gila-gila . Memang happening habisan lah baik mengutuk orang,membahan orang,mengajuk orang , tapi aku dengan cousin aku lain . Aku tak jadi Diyana yang gila-gila sebagaimana diri aku . Bila kat kampung, aku suka duduk sorang-sorang kawan dengan novel dengan mp3.Itu hidup aku .

Mungkin sebab dalam bahagian cousin kitorang ni macam ada 3 partition. Satu semua baya - baya 20 tahun ke atas,kedua baya-baya 12 tahun ke bawah . Dua tu adalah golongan yang paling banyak .Dan aku tak termasuk pon dalam golongan tu , tu sebab aku agak suka sorang-sorang.Yang sekolah menengah 2 orang je ,aku 15 dia 16 tapi dia boleh bergaul dengan makcik-makcik.Aku tak macam dia, lebih baik aku bukak novel baca  .

 Allah,dah gaya murid tadika permai dah ni

Tengokk ramai gila budak kecik.Ni semua dok panggi aku Kak Dihana,semua tak reti nak sebut Diyana . Kalau aku join dorang main pon paling-paling aku dapat jadi mak atau cikgu .Arghh,baik tak payah . Selamat mrlayan lagu rakyat pahang yang ohsem . Malam ni nak pakai jersi biru dee 24 biar mm24 yang ada kat lubnan bangga.Hehe.

P/S:Tak faham aku kenapa tak boleh letak youtube pulak ni .Nak dengar lagu tu just klik and dengar lepastu tekan pangkah bye .

3 KOMENGG:

puteraduyong said...

waaa....meriah ngan anak buah sedara mara....

NAZ said...

hahaha ok saya nak original version dari anda haha

Syue said...

seroonknyaa ramai - ramai camni! :)

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA