2013 ---> 2014

Hai semua ! Harini dah 31 dan aku punya berpegang pada janji masih teruk dari janji melayu .Hahahaha azam tahun baru adalah untuk tidak berjanji apa apa so tak ada ah kena tunaikan hahaha memang pesen manusia lari dari masalah .

weh aku nak pergi kerja dah ni pukul 3 emo ah harini kerja 7 jam hmm hmm susah gila nak mencari rezeki ni rupanya selama ni order je macam boss dari mama abah *insaf*.Hmmm hai sambung balik pada 1 january weh so ni sambung semalam punya entri .

I januari 2014 ,damn aku dah emo gila .Yer internet rumah ni menguji kesabaran gila woi streamyx kau dah boleh betul2 kot . Ke harga nak naik jugak tu sebab buat perangai serupa apa .Wah emo .Yer weh wifi mamak lagi laju tolonglah ni nak pindah rumah sebelah mamak ni . 2013 sudah pergi meninggalkanku pergi tak kembali Ya Allah sedihnya . Lol .Entahlah like seriously sepanjang aku hidup ni aku rasa tahun lepaslah tahun paling mencabar sepanjang 17 tahun lepas yang aku hidup .Tahun paling stress,emo dan sepupu sepapat yang sinonim dengannya .Like seriously ,spm year so what you expect lah kan . SPM sangat stress tolonglah tak nak lalui dah tolonglah dan semoga Nur Diyana Mohd Asri berjaya mendapat 9A Aminnnnnnnn.

Banyak perkara yang aku lalui tahun lepas yang buat aku makin matang nak hadapi kehidupan yang penuh pancaroba ni .Cehhhhhhhh .Sungguh,too many things happened . Good things,bad things sampai dah penat dah nak nangis nak emo .Benda yang terbaik buat derk je tolonglah jangan kisah buat sakit kepala je .

Next entry aku janji betul punya janji ni aku cerita pasal 5biruni . Classmate tercinta tersayang (terbaik jugak kot) . Dan sekarang dah 1 jan dan secara teknikalnya dah 18 tahun .Ya Allah ya tuhanku !! Dah 18 semua tanggungjawab di bahu sendiri .Sedihnya serious aku sangat takut dengan tanggungjawab .Nak hadapi dunia luar lagi gentle takut .


Lepas letak gambar terus idea hilang dah ah aku rasa blog ni kena aku sorang je baca kbye

SPM DAH HABISSSSSSSSSS

Hai semua dan assalamualaikum!!!

Tau tak yang semalam spm dah habis tau takkkkkkkkkkkkkk blog silalah terharu blog tuan kau yang mula tulis blog ni dari form 1 dah habis sekolah hahahaha tapi blog ni penuh sampai form 2 je form 3 form 4 form 5 kononnya busy study ,fokus katanya .Hahahaha so blog after this i promise to update you every single day because don't you know that you're my half me .LOL .

Lepasni macak2 plan tp sekarang ni qada' tidur update blog k .Tunggu semua hahaha ada ke baca blog penuh dengan sarang labah labah ni

k bye bye semuaaaaaaaaaaaaaaa mohon merindu !!!!!!!!!!!

Hidup 2013 ?

Assalamualaikum semua !

OMG ok time aku taip assalamualaikum ni tiba-tiba telinga aku pon terdengar ada kanak-kanak sedang memberi salam di luar rumah ok tak ngeri tak penting pon haha.Jadi 3bulan sudah berlalu meninggalkan 9 bulan yang sedang berkejar-kejaran di belakang ok sastera failed .Toldddd yaaa, i am so not ready to face spm .Nightmare nightmare .

Harini hari khamis yer memang fakta yang sedih untuk diterima 3hari lagi cuti dah nak habis dah kena balik asrama oh please please dah tak dapat makan best-best,dah tak dapat mandi lama-lama,dah tak dapat bangun lambat .

ok just straight to point aku dah tak tau nak menaip bukan tak tau menaip sebab ahh tak tau nak tekan keyboard bukan bukan ini semua sebab dah lama tak tulis blog sampai ohh ini blog macammana nak tulis eh ok so i just spill semua benda ini pon refer blog lain nak taip entri ni .

As you know,this is my last year being a school student so i really really want to do,join all things that happen in my school anddd so far i did it . Konon - kononnya nanti nak kempunan dah tua-tua nanti tak boleh buat kononnya .

Senamaerobik lagu beauty and a beat sapa tak warm up betul-betul memang justin bieber datang serang lah kan "kau apahal tak warm up betul-betul kang cramp susah aku nak urut" .Eh ? Yeahh go uranium go ok ni time merentas desa tengok betapa semangat gila semua warmup kejap lagi nak lari bersama-sama lembu,kambing,kerbau kata merentas desa kan .
Memandangkan ini tahun terakhir kan memang semangat nak berlari tu memang membara-bara feel dia memang macam roket nak berlepas guna konsep momentum haha gasak masuk semua konsep fizik .

and i got 7th placeeeeeee ! Ok last dapat pingat time sekolah rendah
"I hanya lari cara biasa je tapi tiba-tiba dapat nombor oh biasa orang hebat ."
haha perghh welll well ok terus bajet padahal kaki sakit seminggu 

Tapi sadis rumah biru last dan semua macam arghh apahal korang tak lari betul-betul dan aku rasa macam nak bagi kaki je kat orang yang cakap tu YANG KAU JALAN MACAM NAK PERGI KENDURI TU KENAPA LEPASTU BILA KALAH BISING !

Haritu pergi basketball dekat SSP ok best lah jugak sebab dapat keluar dapat pergi ssp dari sekolah ok sebab tak munasabah.Lepastu lawan netball ok best gila sebab dapat naik bas sekolah aircond dia sejuk gila ada tv kan aku dah kata sebab-sebab untuk buat aku happy pelik-pelik .

Spot me please yeah i am the kilatness haha pon boleh muka semua burn

Dan sekarang basis ku yang tercinta sudah ada semua tingkatan dan yer kami boleh dikategorikan sebagai penduduk negara padat seperti bangladesh,india oh please tak tipu orang terlalu ramai kat sekolah tu dan aku rasa kitorang lah SBP paling ramai dalam Malaysia .Tak tipu .Sampai kadang-kadang bila time riadah tu kita akan
Err ini sekolah ke taman tasik titiwangsa ramainya orang arghh tidak aku sudah sesat di lautan manusia.

Tandas,DM,surau jangan kata orang ramai mana nasibbaik air dekat tandas dah ok so tak ada ah stress menunggu lama-lama sekali sampai turn kita tak ada air ,kalau macamtu memang ramai-ramai mandi kat bilik wudhu' surau je rasanya .DM punya panjang beratur hmm bayangkan kalau tak gerak boleh sampai masuk aspuri balik cepat bayangkan ok itu kalau time tu DM tak bukak lagi lah haha lawak hambar.
 
Oh senior yang baik di sini yer saya yer tidak lagi mengucapkan selamat datang adik-adikku ke sekolah tercinta kami dikelilingi kelapa sawit . Aku macam tak rapat sangat dengan form 1 tapi kebanyakan form 1 lelaki sangat comel oh yes like seriously diorang sangat pendek dan tembam alolo comelnya dan perempuan2 form 1 lagi tinggi dan semua perempuan akan bajet urghh pendeknya kau aku berkuasa di sini haha *gelak kejam* 
 
 2 tahun lagi situasi itu akan berubah .Lelaki2 yang tembam itu yang gemuk itu yang pendek itu yang tidak dipandang itu akan berubah menjadi 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 dan pada masa itu bukan sahaja perempuan-perempuan itu yang terpegun,mak cik kantin,mak cik DM,mak cik cleaner dan kakak-kakak senior pon dah macam 

TU ADIK ANGKAT AKU ADIK ANGKAT AKU !!

Ok cukup merepek aku merepek banyak sangat doh haha ,aku macam agak rapat dengan form 4 sebab aku rasa semua orang tau aku suka sangat kawan dengan semua orang .Aku dengan form 4 hmm memang aku dah macam form4 ok kawan dengan diorang best jugak lah mungkin sebab faktor umur yer beza setahun je kan .

Mizaa,syamim,athras,sofi,hanin i spot you girlsssss !

Ok memang banyak kali dah aku berparti dengan budak-budak ni memang tak ingat SPM memang ok tak pe marilah kita berhibur sambil belajar kan .Diorang parti makan maggi aku parti makan buku biology blender dengan formula addmath ok tak pe sabar-sabar demi spm.

Khamis haritu result spm keluar dann aku tak tau kenapa semangat nak dapat result gempak tu macam membara2 lepas tengok diorang lagi2 lepas tengok my fav. school dapat kembalikan takhta diorang .Sekolah itu biarlah dirahsiakan oh kenapa kena semangat tengok sekolah orang lain kan kenapa tak semangat bila tengok semangat sekolah sendiri ? Hahaha lawak ke der sekolah aku mana ada senior maka saya terpaksa lah menumpang sekolah orang lain untuk mengambil semangatnya .

Ok nak spm 9A kan ok ok ok jom baca buku ,jom buat addmath *tiba-tiba semangat*

Random 2012

Hai semua ok ini memang entri main taip luah dari hati .Besok dah 1 januari besok dah new year besok kena balik asrama .Ya Allah,aku tak tau apa jadi dengan aku tapiii yang pasti aku tak nak balik besok .Sekarang ni aku macam banyak gila negative things dalam otak dan aku tak nak balik asrama .Sumpah jiwa kacau boleh meraung .

Aku tak tau kenapa aku jadi macamni,aku harap nanti dah sampai asrama aku tak meraung . Sumpah aku tak ready nak hadapi 2013 .Tak nak SPM .Aku sekarang macam paranoid gila tentang spm sampai aku tak nak masuk 2013 sebab aku takut masa nanti macam cepat sangat berlalu tiba2 dah spm dan aku tak ready .SPM is really killing me .Told ya,aku tak pernah rasa takut + tak ready macamni bila masuk new year .I hope everything will gonna be ok .Ok ok ok positive positive .SPM je kan hahaha JE ermmm pengsan pengsan .

Ni nak tipu yang aku memang gila gila nak nangis ni apahal hati tisu sangat ni seh ermmm nanti dah balik asrama tak boleh tengok zain handsome lol dalam setia hujung nyawa amar asyraf tu macam handsome bolehlah haha afiq muiz pon handsome ehh sejak bila artis malaysia banyak handsome ni .

Oklah nak tulis pasal 2012 pon tak ada mood jiwa kacau nak nangis bawah bantal haha emosi .Ni aku letak gambar2 sepanjang 2012 je lah k .
 

     

Ini time biology orang lain bedah katak kami bedah ikan keli ohk maksud aku siang,ikan keli sekor siang sampai 4 orang over tak over tu pon tak mati-mati.

 Time sukan bulan 6 !! Ok memang semangat gila conteng muka bagai and my house won .Yeay Uranium forever juara,go biru go !!
 Meja aku dekat kelas ni boleh kata meja paling berseni .Perghh cerita dia berconteng like seriously aku suka conteng2 atas pembalut plastik jadi macam doodles lepastu tukar pembalut baru .Tu siap ada tulis syahmi pendek ok tu tengah mereng.
 Ini time lepas tarawih nak pergi morih .Time tu diorang semua "weh ambik gambar weh nanti boleh buat kad raya hantar kat FB".Cehh ada kad raya digital weh.

 Ini dekat medan ! Datang wedding bestfriend abah kahwin ikut adat indonesia ok wedding dia macam open house.Tak tipu .
 Leggo legoland ~ Lepas turun terus ambik gambar ok naik benda ni tak pening langsung saya hebat
 Dann cuti ni berat badan aku telah naik macam gila gila dan yerr menjadi gemuk seperti di atas.Balik asrama kena jogging 5round ni .

Ok memang holiday aku kali ni meman aku tak post dalam blog sebab malas harhar sorreh lagi sebab entah macam tak mampu je ok so this holiday i went to indonesia and singapore ,truly asia so holiday biasa2 tak best mana pon ohk tak payah cerita .

Ehem2 rasanya dah tak ada orang baca blog ni tau ok i just want to wish happy new years to everyone .Dah 2013 umur semakin tua,perut semakin membuncit saya dah gemuk ok merepek .Semoga tahun 2013 membawa sesuatu dalam hidup anda .Azam aku hmm nak belajar sampai habis spm baru aku fikir azam yang sebenar k sekarang ni fikir nak spm je kot kot .


Dan saya dengan semangatnya memakai tudung sekolah padahal tak ikhlas mengucapkan selamat kembali ke pangkal jalan budak-budak sekolah semua .Martabatkan bahasa melayu ok oh tiba2 .Assalamualaikum.


Tulus dari hati #1

Hai semua saya tahu sudah lama saya tidak menjenguk blog ini dan saya tahu tak ada siapa yang baca dah tapi saya tahu Nizan Elma mesti baca sebab dia peminat saya *gelak bajet diva* hmmm hai Nizan .Ok sekarang ni saya tengah taip cerita baru lah ni sambil berlatar belakangkan lagu Mine kelas kan saya dengar lagu Taylor Swift,do you remember we were sitting there by there water oh ok ternyanyi pulak .

Eh awak saya ada benda nak cerita ni tau tak seksa nak taip cerita ni sebab huruf H kat keyboard saya adik saya dah cabut so macam susah gila nak taip H kena tekan banyak kali .Eh kena cerita ke hahaha lantak ah malas nak backspace .

Try to find me and you'll get a free kick from me

Ok awak awak sekalian saya cuba untuk meluangkan sebanyak masa saya untuk mengupdate entri dekat blog ni berkongsi kehidupan remaja 16 tahun omg i am 16 sepanjang cuti ini .Doakan saya tidak menjadi hangat hangat tahi ayam .Serious talk,i try my best to be rajin everyday write something in this blog like i used to .Gila tak rindu zaman dulu ,blogging is fun but now dah ramai blogger blogger yang aktif dah tak aktif blog like me lerr hahaha bajet hot tu Diyana .

So wassup me now? Hey saya sihat walafiat,makin gemuk berkat makan breakfast,lunch,dinner lepastu minum petang tak ada sebab bawak pergi supper tu sebab supper makan banyak lepastu saya makin gemuk .Blame DM ,blame DM .Berkat Dewan Makan maka berjayalah melahirkan Nur Diyana yang mempunyai 2 biji bola di pipinya hoi pipi berpau .Duduk asrama makan banyak like seriously i love to eat sebab best dah tak ada kerja tv tak ada internet tak ada so benda yang best untuk dibuat adalah makan .

Jemput semua,jemput

Result ? Ok result form 4 pon dah keluar dan sangat sangat sangat .... .Frust like seriously masa dapat result gila punya frust terus tak pergi lunch padahal lauk ayam time tu,kawan sembang pon diam je terus pergi public phone mengadu dekat Mama,mama yang naikkan semangat lepastu tiba2 lapar pergi kantin makan roti dengar ipod dengan sore eyes .Silly Diyana.Fikir balik,nak frust sangat pon nak guna.Its all my effort and i deserve that .Forget about that and keep focussing for next year .

Best duduk asrama ? You should try live at hostel and naaaa you'll feel the feelings . Best to the max lah kan .Asrama taught me many things .Not only the feeling makan maggi perghh maggi sedap gila tapi life dekat sana ajar kita untuk menjadi lebih matang,untuk hadapi kehidupan yang sebenar lagi2 untuk budak gedik macam aku ni hahaha bagus duduk asrama dah tau dah perangai orang macammana .Duduk asrama,drama tu perkara biasa lah.Sampai satu tahap dah boring dah nak ambik popcorn tengok sebab banyak sangat drama .

Dah cukup sesi greet and meet dengan selena gomez,i dah penat hmmm backspace sorry bajet artis haha but that's just me.Oh ok everyone sorry untuk kebajetan,kegedikan ni lah padahnya dah lama tak tulis entri sekali dapat lepas gian omg gedik gila .Ehh jap dah pukul 11.17 nak light's off seh nanti pengawas singa marah.Kbye dan assalamualaikum.
 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA