Hidup 2013 ?

Assalamualaikum semua !

OMG ok time aku taip assalamualaikum ni tiba-tiba telinga aku pon terdengar ada kanak-kanak sedang memberi salam di luar rumah ok tak ngeri tak penting pon haha.Jadi 3bulan sudah berlalu meninggalkan 9 bulan yang sedang berkejar-kejaran di belakang ok sastera failed .Toldddd yaaa, i am so not ready to face spm .Nightmare nightmare .

Harini hari khamis yer memang fakta yang sedih untuk diterima 3hari lagi cuti dah nak habis dah kena balik asrama oh please please dah tak dapat makan best-best,dah tak dapat mandi lama-lama,dah tak dapat bangun lambat .

ok just straight to point aku dah tak tau nak menaip bukan tak tau menaip sebab ahh tak tau nak tekan keyboard bukan bukan ini semua sebab dah lama tak tulis blog sampai ohh ini blog macammana nak tulis eh ok so i just spill semua benda ini pon refer blog lain nak taip entri ni .

As you know,this is my last year being a school student so i really really want to do,join all things that happen in my school anddd so far i did it . Konon - kononnya nanti nak kempunan dah tua-tua nanti tak boleh buat kononnya .

Senamaerobik lagu beauty and a beat sapa tak warm up betul-betul memang justin bieber datang serang lah kan "kau apahal tak warm up betul-betul kang cramp susah aku nak urut" .Eh ? Yeahh go uranium go ok ni time merentas desa tengok betapa semangat gila semua warmup kejap lagi nak lari bersama-sama lembu,kambing,kerbau kata merentas desa kan .
Memandangkan ini tahun terakhir kan memang semangat nak berlari tu memang membara-bara feel dia memang macam roket nak berlepas guna konsep momentum haha gasak masuk semua konsep fizik .

and i got 7th placeeeeeee ! Ok last dapat pingat time sekolah rendah
"I hanya lari cara biasa je tapi tiba-tiba dapat nombor oh biasa orang hebat ."
haha perghh welll well ok terus bajet padahal kaki sakit seminggu 

Tapi sadis rumah biru last dan semua macam arghh apahal korang tak lari betul-betul dan aku rasa macam nak bagi kaki je kat orang yang cakap tu YANG KAU JALAN MACAM NAK PERGI KENDURI TU KENAPA LEPASTU BILA KALAH BISING !

Haritu pergi basketball dekat SSP ok best lah jugak sebab dapat keluar dapat pergi ssp dari sekolah ok sebab tak munasabah.Lepastu lawan netball ok best gila sebab dapat naik bas sekolah aircond dia sejuk gila ada tv kan aku dah kata sebab-sebab untuk buat aku happy pelik-pelik .

Spot me please yeah i am the kilatness haha pon boleh muka semua burn

Dan sekarang basis ku yang tercinta sudah ada semua tingkatan dan yer kami boleh dikategorikan sebagai penduduk negara padat seperti bangladesh,india oh please tak tipu orang terlalu ramai kat sekolah tu dan aku rasa kitorang lah SBP paling ramai dalam Malaysia .Tak tipu .Sampai kadang-kadang bila time riadah tu kita akan
Err ini sekolah ke taman tasik titiwangsa ramainya orang arghh tidak aku sudah sesat di lautan manusia.

Tandas,DM,surau jangan kata orang ramai mana nasibbaik air dekat tandas dah ok so tak ada ah stress menunggu lama-lama sekali sampai turn kita tak ada air ,kalau macamtu memang ramai-ramai mandi kat bilik wudhu' surau je rasanya .DM punya panjang beratur hmm bayangkan kalau tak gerak boleh sampai masuk aspuri balik cepat bayangkan ok itu kalau time tu DM tak bukak lagi lah haha lawak hambar.
 
Oh senior yang baik di sini yer saya yer tidak lagi mengucapkan selamat datang adik-adikku ke sekolah tercinta kami dikelilingi kelapa sawit . Aku macam tak rapat sangat dengan form 1 tapi kebanyakan form 1 lelaki sangat comel oh yes like seriously diorang sangat pendek dan tembam alolo comelnya dan perempuan2 form 1 lagi tinggi dan semua perempuan akan bajet urghh pendeknya kau aku berkuasa di sini haha *gelak kejam* 
 
 2 tahun lagi situasi itu akan berubah .Lelaki2 yang tembam itu yang gemuk itu yang pendek itu yang tidak dipandang itu akan berubah menjadi 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 dan pada masa itu bukan sahaja perempuan-perempuan itu yang terpegun,mak cik kantin,mak cik DM,mak cik cleaner dan kakak-kakak senior pon dah macam 

TU ADIK ANGKAT AKU ADIK ANGKAT AKU !!

Ok cukup merepek aku merepek banyak sangat doh haha ,aku macam agak rapat dengan form 4 sebab aku rasa semua orang tau aku suka sangat kawan dengan semua orang .Aku dengan form 4 hmm memang aku dah macam form4 ok kawan dengan diorang best jugak lah mungkin sebab faktor umur yer beza setahun je kan .

Mizaa,syamim,athras,sofi,hanin i spot you girlsssss !

Ok memang banyak kali dah aku berparti dengan budak-budak ni memang tak ingat SPM memang ok tak pe marilah kita berhibur sambil belajar kan .Diorang parti makan maggi aku parti makan buku biology blender dengan formula addmath ok tak pe sabar-sabar demi spm.

Khamis haritu result spm keluar dann aku tak tau kenapa semangat nak dapat result gempak tu macam membara2 lepas tengok diorang lagi2 lepas tengok my fav. school dapat kembalikan takhta diorang .Sekolah itu biarlah dirahsiakan oh kenapa kena semangat tengok sekolah orang lain kan kenapa tak semangat bila tengok semangat sekolah sendiri ? Hahaha lawak ke der sekolah aku mana ada senior maka saya terpaksa lah menumpang sekolah orang lain untuk mengambil semangatnya .

Ok nak spm 9A kan ok ok ok jom baca buku ,jom buat addmath *tiba-tiba semangat*

0 KOMENGG:

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA