Bila novel diadaptasi ke drama/filem

Salam worangg . Hai dah mandi ke belum . Nak tau satu benda tak time cuti sekolah ni lah masa yang terbaik untuk mandi lambat . So kalau sapa mandi awal urgh hurghh so skema LOL joking k aku gurau je .Kang ada yang emo sebab dia mandi awal maki aku kat komen ni.

Sekarang ni memang semua production berebut-rebut nak adaptasi novel . Ye lahh kaya weh kaya kalau novel diadaptasi memang laku habis lah . Aku sebagai kaki novel lah sangat kan memang suka gila lah kalau novel adaptasi banyak-banyak . Ye lah bila baca novel kan kita kan macam ada dalam dunia sendiri,kita reka hero,kita reka heroin . Ohh kalau hero tu tengah lempang heroin pon siap kita bayangkan cara-cara lempang tu ok tangan kiri ke kanan .Haha yeahh novel dunia fantasi dunia sendiri . Baca buku je kot sampai meleleh-leleh air mata .

Le novels . Aku punya koleksi tapi banyak yang tak ada sebab semua pinjam tak reti reti pulang .Rugi weh rugi XD

Dulu Nora Elena bukan main cipta fenomena,cehh sampai ada tu sanggup maghrib pukul 8 demi Seth Tan . Setan pon suka lerrr . Sekarang tengah hangat ombak rindu,lepasni drama bicara hati pulak . Oh k ini aku teruja aku tak sabar gila nak tengok sebab hero dia sharnaaz ahmad jadi Tengku Syahran . Habislah aku mencair je lah depan TV nanti . Lepasni dengarnya Adam dan Hawa pulak tapi agak sedih sebab hero dia Shahz Jaszle . Aku sedih tapi tak tau lah korang happy dengan hero dia .

Why so hotttt,anyone please bring me to freezer bekukan ku balik dah mencair dah ni ~~~

Kalau kau hantu novel tapi tak baca novel ni anda bukanlah hantu yang sejati .LOL

Novel ni sangat-sangat popular . Aku tak tau lah dah masuk cetakan yang ke berapa tapi aku pon tak tau apahal novel ni boleh  jadi berhantu . Aku rasa kalau novel ni diadapatasi hoi memang meletup-letup . 2minggu tayangan 2 minggu penuh panggung hoho semua kaki novel nak tengok punya . Tapi kan aku rasa artis malaysia lelaki aku tak jumpa lagi sapa yang sesuai untuk bawak watak Syed Aizril yang bangang tu . Huh aku emo feel baca novel terbawak-bawak . Tu pendapat aku lah sebab pada aku dekat Malaysia ni kalau nak adaptasi novel heroin dia senanggg je nak jumpa artis malaysia yang boleh bawak watak heroin novel tu . Tapi kalau hero susah sikit sebab macam pada aku semua tak layak . Sorry pendapat aku je lah no hate k smileee . 

Tapi betullah kalau novel dah diadaptasi mesti akan rasa kecewa sebab Movie/Drama tu tak seperti yang kita harapkan . Novel still yang terbaikkk . Feel dia lain . So acane Ombak Rindu ? Aku kau jangan tanyalah aku kan lifeless,duduk rumah pandang dinding je so jangan lah tanyaaa ! Kbye

7 KOMENGG:

Aiediey said...

serius takde pelakon yang layak untuk jadi hero/heroin novel..lagi satu, shahz jaszle tak sesuai la jadi adam..:(

**NH-Nurul Hidayah** said...

xsuke shaz :(

Siti Nurazlinda said...

wahh ~ banyaknya novel. geram linda tengok. taknak buat giveaway novel? hihik

cik wanie Lovela (CWL) said...

kalau baca novel wani suka bayangkan aaron watak utama hahaha

EZAN IDMA said...

bnyknye novel! minat baca tp nak habiskn sebuah ambil masa berbulan2 haha

Rashid said...

yup! apapun .. seronok baca novel jika kita memasuki 'dunia'nya ..

kajaharuna said...

ohh, suke cerita2 cinta ehh??

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA