Oh Ya,aku bukan orang ganu atau TERENGGANU seperti yang korang,eh bukan korang ,sorang dua orang ingatkan ituu.Aku lahir kuala banyak lumpur .duduk pulak dekat selangor.So memang tak daa langsungg keTERENGGANU an itu yer kawan-kawan.Dan yang paling menyedihkan lagi last pergi terengganu tahun 2008 tu so amboii tak kan keTerengganu an itu dibawa sampai ke 2011.Yang dekat komen kat blog aku tu saja-saja je letak KOMENG .Aku kan sentiasaa suka buat sesuatu ,hukhuk-aku pon tak faham apa aku taip !
Minggu ni memang macam rooler coster hidup aku.Oh mungkin feel dia sama jugak kalau makan jajan rooler coster perisa keju tu.Dushh,MEREPEK.Nak cerita pasal journal ke nak promot jajan ni ?
Hari isnin,masuk sekolah lepas cuti raya cina yang comell itu.Ok,tak ada apa-apa yang berlaku.Perhimpunan pon kejap je.Wahh,keajaiban apa yang berlaku ?
Hari selasa,Tengah teacher buat kuiz,tiba-tiba classmate a.k.a announcer kelas aku tu pengsann.Wei,pengsan pengsan.Cikgu dah cuak.Yang pengsan itu lelaki so lelaki lah kena tolong tak kan kami yang perempuan ini nak lebih-lebih pulak mengendong dia kan sampai ke bilik kesihatan.Itu gatal tak tau malu namanya.Lagi satu aku bukan PBSM,aku polis wei,polis.Ok sedar diri,kadet POLIS je,
TUGU NEGARA KELAS lah konon-kononyaaaa ~
Time budak tu pengsann,boleh pulak buat main.Gila
prefer pencen masuk Puteri Islam je weii
Hari Rabu. PENAT PENAT PENAT.Hari kokurikulum,stay sekolah,kena nyani lagu tengah panas sambil pusing satu sekolah,tak jumpa perjumpaan kelab.Tapi best just yang bab nyanyi lagu tu je tak best langsungg..Panas wei panas.Badan dah macam belacan dah wei.Siap lalu depan ASPURA lagi tuu.
Aku yang paling serabai sekali tu yang jenis pakai baju tapi macam pakai kelawar tu. |
Hari khamis lupa apa jadi dan tadi
Hari Permuafakatan Ibu Bapa untuk pelajar PMR
Wuuuu,best lah jugak.Target berapa A semua tu,kena ikrar depan parents.Aku tak payah ikrar sebab parents aku tak datang.HehHeh,Tapi kat rumah kena ikrar juga.Dan aku dah ikrar dah tadi.Adik aku over lah siap nak ambik gambar bagai,dah lah akak mu ni pemalu.*POYO.Dan target aku hanyalah 6 A.
Ok byee.Agak-agak kau tertidur depan laptop tak baca journal aku ni.Kalau kau tertidur,ok sila bangunn dan tekan X di atas tu sebab entri ni dah habis.Hehe
3 KOMENGG:
rindunye dgn uniform PBSM.
:(
mung mana ada kalau aku bangun pagi kawad . mung ni buat cerita nombor satu !
hahaha
ada jugak yer penyakit pengsan gatal
first time ni dgr!
ntah2 dia amek ksmptn jer kot
=D
Post a Comment