My dreams

Hai teman teman . Udah nonton belum lakonan aku di astro bintang sama pelangi . Iyaiya,aku tau aku lagi keren dari itu Luna Maya . =D .OK sudah . Aku pon tak sempat lagi nak usha channel 141 dengan 142 so tak tau nak komen apa . Hai selamat berkenalan kepada my new readers ,harap berada dalam kedaan yang baik dan silalah memahami bahawa membaca blog saya akan membuatkan otak anda semakin pening apabila  membacanya . Saya perempuan yang agak serabut yang ikut suka hati nak guna saya aku gua .Heh,harap enjoyy.

Harini aku nak cerita tentang impian aku. Aku pon agak tak tau nak menamakannya sebagai apa yang aku tau nanti bila besar aku nak buat benda-benda ni . Aku ni jenis yang adventerous lah,aku suka masuk hutan keluar hutan tapi bila pacat gigit haruslah menjerit-jerit . Sapa perempuan yang boleh buat pacat jadi bestfriend wei.Acer cerita sikit.

1.Aku nak travel ke Bandung-Jakarta indonesia . -Wajib buat lepas umur cukup 18



Why why indonesia ? Jiran je wei,jerit pon dengar . Tau arh jiran je tapi aku sedar aku miskin so tempat yang layak membuat aku jadi kejap orang kaya indonesia je lah .Dan aku sangat suka holiday dekat indonesia especially bandung.Sangat heaven dan itu membuatkan aku nak travel ke sana lagi kalau boleh sorang-sorang.

Sorang - sorang sebab  aku memang dah ditakdirkan untuk menjadi FOREVER ALONE dan mempunyai hidup yang sangat menyedihkan . #bak tisu bak tisu

Bila nak Shoppinggg raya ni
Eh tak . Sorang ni senang nak buat apa ikut suka hati,nak lambat ke cepat ke.Nak makan kat mana ke,jalan dengan aku senang.Aku tak perlukan hotel 6-7 bintang.Aku cuma nak tempat tu selamat,ada aircond,tv cukup.Tak payah nak makan dekat restoran yang sekali makan macam makan 2 hari.Warung sudah kita makan sambil gelak main tepuk tampar tercekik padan muka.*hih boleh buat pantun pulak.Aku senang,sebab pada aku,nak holiday kena rockk. lain lah pergi honeymoon itu memang wajib hotel 8 bintang sebab nanti dalam bilik tu u pandang i,i pandang u .Mende kau ni .

Tapi memandangkan nak pergi sorang,cerita dengan mama .Dia reject sebab dia kata aku  perempuan wohh bahaya. Tiba-tiba aku rasa takut pulak nak pergi sorang.K , k pergi dengan kawan.

2-Trip with train from KL to Utara ( Hatyai kalau boleh)

Mesti ohsem weh kalau pergi utara naik train.Lantaklah kematu bontot duduk lama,yang penting pengalaman yang sangat best.Apa susah ambik lah yang first class ada katil semua tu .Mesti best.Ini wajib buat,wajib.Bila balik naik flight pulak .

pic-google
Best kalau dalam perjalanan tengok tepi cenggini je semua .

Ada kan train terus pergi hatyai stop dulu kat padang besar kalau tak silap.Pergi thailand apa lagi borong lah apa yang patut.

3-Tengok Arsenal main depan mata sendiri

In Arsene We Trust 

Luka di hati tak dapat tengok Arsenal main depan mata sendiri dekat stadium rabu haritu masih berbekas lagi . Ini semua sebab kedekut keluarkan duit lepastu rumah jauh dari bukit jalil lepastu rasa diri under age kalau tak dah lama dah sampai bukit jalil pakai jersi half arsenal half harimau malaya . Usah dikenang perkara yang lalu,Arsenal tolong lah datang lagi di Malaysia ya lagi 3,4 tahun.

Tapi aku tak pernah berangan lah pulak nak tengok arsenal dekat Emirates.Mungkin sebab rasa impian tu macam mustahil je . Kalau dapat pon ,contoh 10 tahun akan datang.Hikhik,Robin Van Persie pon dah pencen.Fabregas pon dah buang boot.Tak pa tak pa.Tengok anak dia je lah nanti . Masih tak mengharapkan impian untuk melihat mereka di Emirates akan tercapai.

4-Tengok Harimau Malaya di stadium

Ini wajib,sangat wajib.Dan aku nak realisasikan tahun ni jugak. Sekarang tengah berusaha dengan sekuat mungkin ajak ayah pergi stadium . So aku kena berubah menjadi anak yang mendengar kata sampai ayah aku bawak lepastu jadi jahat balik. Ehh tak tak.Dah baik tu baik je lah..Target sekarang Malaysia Vs Singapore 28 Julai ni.Kalau tak,tunggu yang olimpik pulak.

Homei kan semua impian aku. Cukup impian aku.Nanti ada aku share lagi.Cukup-cukup le ni .Assalamualaikum.

7 KOMENGG:

Nizam Ijam said...

panjang ceritanya..naik juling baca..hehehe


” Nizam Ijam Dot Com”

Far8 budak baik said...

pehhh byk nye kau berangan
mcm mcm..tapi kalau kau suka
adventure..naik lahh gunung ke bukit ke..
pastu wat kemm..
ramai2 sumpahh best..
pacat je pun..
aku relek je cool je
haha..
kau minat arsengal lah tu..
hahahaha =p

Anisa Hang Tuah said...

tak sabar nak shopping raye jugak.
hehs

Alin Liyana said...

pegi bandung mmg habis , shopping sedar2 kad kredit dah limit ! hahaha heaven pegi ngn kawan2 , try nnti dh cukup 18 bljr kat u melancong sana sini :)

Pyka Rahmat said...

saya anak malaysia. ok tiba tiba.

WAWA GHANI said...

hye saya budak bbst lah yang oii. kamu kelas apa ya ? errr berbalik pada topik diatas , sorang2 tu memang best memang menyeronokkan. bagaikan hidup di dunia sendiri melayang perasaang sendiri jee kan ? tapi dik, tak bosan kah ? sometime we need someone right ? jgn pelik taw, tgk jelah blog akak tuu.. PENANGGUNG SEPI kannn ? Heheheheeh :)

Faidhatul Arfah said...

semoga ape yg di hajatkn akan dapt oke. hee (:

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA