Perkembangan saya

Sudah lama rasanya ya rakan - rakan blog kita tidak bergelak bersama,bertepuk tampar,usik mengusik . Maafkan saya maafkan saya kerana berbahasa baku di sini . Tahukah anda bahawa saya sedang berlatih supaya saya mendapat A subjek bahasa malaysia saya.Harapnya berjaya lah hendaknya impian saya untuk melihat gred A tertulis cantik di dalam slip peperiksaan saya .

Hello ma prengg . Howawwyouu , ayem fainn tengkyuuu  . Cukup berbahasa di situ ,kini saya kembali menjadi seorang yang buta mengeja kembali . So ada tak apa - apa cerita yang panas yang menjadi trend topic sepanjang ketiadaan aku . Bermula dari ahad masuk isnin keluar selasa sampai rabu , line internet mahu bermanja-manja bersama aku.Tak apa aku rela dia juga nak rehat . So sekarang dah cukup antibiotik,panadol satu papan dia dah sihat balik . Ye lah,tiap-tiap hari datang sekolah table-mate aku punya telinga dah boring dengar aku menggelupur nak internet.

Sepanjang kehilangan internet,otak otak aku telah merangka pelbagai skeleton-skeleton entri . Banyak jugak lah perubahan yang aku dapat tengok dekat diri aku.Aku semakin rajin untuk menelaah buku.Harapnya berkekalan lah ,mungkin kerana hantu trial hantu pmr sudah mengejar . Aku juga manjadi semakin malas untuk joging .Jadi kesannya,perut semakin buncit lemak-lemak menggeleber di serata tempat .

Aku juga sudah pandai menjahit dan menguli tepung . Mama tahu mesti terharu lepastu paksa aku buat karipap tiap-tiap hari . Ini semua berkat belajar ekonomi rumah tangga .Ada faedah juga belajar selama 3 tahun nanti senang kalau spender koyak jahit sendiri tak payah nak hantar tailor dah . Eh kata rajin belajar tapi kan malam ni kan aku skip belajar kan sebab tengok ni


 Malam ni skip belajar sebab diaaa .Bukan sebab dia lah sebab Arsenal . Sanggup live stream oh besok dekat sekolah boleh gebang dekat kawan-kawan . Keputusan sekarang 3-0 .Tapi aku tak tau kenapa game malam ni sangat tak best hoi penat aku live stream tak behh pulak dah .

Jadi pengawas sangat sangat menyakitkan . Percayalah . #tibatiba
Jadi janganlah jadi pengawas kalau anda tak mampu .Anda mampu mengubahnya daripada baju biru ke putih balik .Hoi ! Jadi silalah nantikan kemunculan entri lain saya di hari yang lain .Sayonara,sayonara hingga berjumpa lagi,buat apa susah buat apa susah,susah itu tiada gunanya.Salam ~

3 KOMENGG:

Nizam Ijam said...

hehhee..blajar2 :)

” Nizam Ijam Dot Com”

sifu im said...

aku peminat tegar arsenal..tahniah arsenal..takziah mesia..haha

WAWA GHANI said...

omg . BBST ?

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA