Susah ler kalau camtu

Aku ni ada satu masalah tau.Keburukan aku lah.Aku kalau pergi mana-mana,kalau tak langgar orang tak sah weh hidup aku .Tak tau lah mungkin agak batak dengan sesuatu tempat sampai langgar orang.Tapi masalahnya tak kan dekat giant pon dengan pasar malam batak juga kot . Haha,Keburukan aku .

Bila dah langgar orang tu,aku akan cakap sorry tanpa pandang muka orang tu dan pergi.Dan selalu jadi mangsa aku mesti lelaki.Suratan atau kebetulan ke apa,Dah aku tau yang aku langgar tu lelaki,jangan haraplah wei aku nak tengo muka dia kata sorry .Tak sanggup nak tengok muka ,tiba-tiba dia hot macam Pierre Boulanger tak ke terpaku aku tengok dia , tak pasal-pasal buat drama sebabak pulak aku dengan orang yang aku langgar . So lebih baik kita menjaga pandangan mata daripada rasa itu jatuh ke hati kita cakap sorry kita blah.


Tapi kan melampau lah kan,langgar orang tu lepastu siap tukar-tukar nombor lagi . Awwww,senangnyaa lah jual nombor.Tapi syukur lah tak orang yang aku langgar tu tak ada yang mengamuk sampai macamni
KAU BUTA KE APA HAH ?

So selepas ini memang kena berubah.Jalan pandang depan,jalan secara cool . Whoahh,tak rela tak rela nanti orang ingat aku atas nama "Alaa,diyana langgar yang suka langgar orang tu".Gila tak cool nama tu . Diyana Selena Gomez sedap jugakdidengar ye dak .

Orang selalu anggap aku ni lebih tua dari usia aku yang sebenar.Bukan aku sorang lah,boleh dikatakan most of us yang umur baya aku ler . Kalau aku jalan-jalan je ada lah yang promote tu promote ni ,bagi pamplet tu,pamplet ni.Agak ler,tak nampak ke muka aku muka kecik lagi ni.Masak nasi goreng pon tengok buku resipi tau ,nampak sangat ler aku ni kecik lagi  . 

Dah lah kalau aku beraya kat kampung pon aku salam lah tuan rumah,aku beratur betul-betul belakang budak kecik.Budak kecik dia bagi time aku dia tak bagi . Umur 15 tahun wajib dapat duit raya lagi lah .Tau bukan salah makcik tu,muka lah nampak matangkan sedangkan bila aku tengok muka aku gilalah gaya budak 9 tahun je rasanya.=P

Haritu masa aku kat PWTC tengah sibuk-sibuk aku kehulu ke hilir tiba-tiba ada sorang akak tu tak silap aku bagi aku pamplet kad kredit kalau tak silap.Gila,buat apa kecik-kecik pakai kad kredit . Aku dah gelabah dah ,biasalah aku kan cepat gelabah .Terus aku cakap,Hai kak,terima kasih je lah,saya umur 15 lah tapi muka nampak matang kan.K bye.Kakak tu terus Hah,matang,yeyer. dan aku terus pergi. 

Tiba-tiba baru aku sedar,yang kakak tu tak cakap apa apa pon kat aku yang aku gelabah beritau umur  aku apahal.Jangan-jangan kakak tu nak suruh pegangkan ke apa ke.Gelabah gila,

So di kesempatan ini aku nak ucapkan,Salam Ramadhan

p/s:Tahun ni tak kira tak kira aku gantung umur aku kat leher time raya .

11 KOMENGG:

Anisa Hang Tuah said...

gambar kedua

noah puckerman,.


hey

salam ramadhan

semoga berpuasa penuh

hehek

Nami said...

Samalah wey. Tapi yang jadi mangsa aku selalu nya orang tua. Tak kisahlah wanita atau lelaki.

haasyaa said...

eee bestnya pergi KL..

~miZz_nizZ~ said...

ahaha.. lawak gak =P

naz said...

hahaaha klu dah tua mst org pggl makcik pula

cik azeya said...

tanak ah jalan sebelah kau lagik. hahah.


aku kadang2 je langgar org, agak2 ade pempuan jalan tergedik gedik depan aku, terus aku langgar. kahkah

Pyka Rahmat said...

langgar jela selagi boleh. haha

Un Phat Lee said...

nampak macam lu dah tua.seyes.

♥♥ arabella ♥♥ said...

ish beshnyee, klu jumpe yg gantang2 tu nak wat2 terlanggar la...haha

roq said...

tergelak akutengok gambar yang gerak2 tu..hahahaa

singgah2 la sini ye :)

Faidhatul Arfah said...

slm berpuase :)

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA