Cuak,takut tahap 200 .

Assalamualaikum semua , hai and thanks to my 900 follower . Hehe k tak ada hadiah pon yang mampu i nak bagi terima kasih di atas sokongan anda semua i love youuu. haha ni dah kenapa taip blog gaya retis dah ni . Korang kena faham bahawa blog ni dan terbiar tidak boleh dipisahkan .K lah senang cerita blog ni nama dia blog terbiar .

So harini 18,19,20,21 and dangg 22 . 22.12.2011 , Tarikh keramat bagi semua pelajar PMR . Result nak keluar dahhh ! Heh msti korang pelik apa kena mengena tarikh tu dengan aku kan , Yelah aku kan 51 tahun so apa motif aku nak ambik tau pasal PMR kan.

Aku 15 .15tahun2bulan .Apa ada lagi yang tak percaya aku ni 15 . Yer saya lima belas tahun seorang budak sekolah yang pakai baju biru sebab jadi pengawas tapi perangai dia tak ubah seperti seorang pengganas . Haha kesah pulak korang nak tau aku pakai baju apa dekat sekolah eh .

Aku bukan budak pandai .UPSR yang lima subjek tu pon aku tak straight A . Aku pernah kecewakan parents aku . Aku takut aku takut aku kecewakan parents aku sekali lagi . Diorang sediakan segala macam buku rujukan untuk aku belajar,bayar 2tusyen,hantar dan ambik aku depan pagar tusyen . Aku penat memang aku penat tapi aku tau parents aku lagi penat . Dan aku nak segala kepenatan diorang tu berbaloi bila result keluar khamis ni

Tapi,aku takut . Aku takut aku tak mampu dapat result cemerlang . Aku takut aku cuak . Aku memang nampak happy tapi tiap-tiap malam before tidur,aku susah nak tidur . Kalau dulu,before tidur aku fikir benda happy,aku fikir crush aku (haha sempat lagi gedik).Sekarang before tidur,dalam kepala aku SLIP PMR,SLIP PMR,SLIP PMR .

Betullah orang kata,ambik PMR lagi senang dari nak ambik keputusannya . Dan sekarang apa yang aku mampu buat is Tawakal,serah semuanya pada Allah . Aku pernah kata dekat mama "Maa,akak takut kalau result teruk macammana".Dan mama dengan tenang je jawab "Ini semua tentang rezeki,kalau ada rezeki,InsyaAllah .

Usaha tinggi mana,belajar kuat mana pon,semuanya bergantung pada rezeki.Kalau tak dapat sekarang,InsyaAllah,Allah ada rezeki yang lebih baik untuk kita pada masa akan datang .

"Dan rasa berdebar-debar tu ,rasa sakit tu bila semua orang menaruh harapan untuk tengok kita berjaya sedangkan kita pon tak pasti yang kita boleh berjaya "

UB1- 7A
PPT-  6A
UB2- 4A
TRIAL- 7A

PMR - ??????

Semoga air mata yang mengalir pada hari khamis ini air mata gembira .Amin . Kepada 1996,selamat maju jaya .

2 KOMENGG:

Husna AOmar said...

Dyana syg.. wuu berdebar jugak
Rasa mcm nak berkabung frm all internet stuff
Semunyi je result t_______t

Haish ok sangat tau tak trial tu!
I doakan you :) Straight As inysaAllah! (kekelip mata) (whispering)

:D

Alynn Notnot said...

all the best! semoga dapat result yg ohsem ;)

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA