LELAKI , PEREMPUAN KITA BERBEZA ! Tak pernah sama !

Lelaki lain perempuan lain . Betul aku tak tau lah kenapa aku cepat sangat sentap ke apa ke tapi kadang-kadang perempuan ni lain . Yeah please jangan nak samakan cara penerimaan lelaki dan perempuan .Kita lain . Lelaki dia gurau memang kasar,tak percayaa ? Naaa cuba kau lepak dengan diorang dekat maplei ,tak payah lama lah 1jam dah cukup,kau dengar lah bahasa dia dengan kawan-kawan dia.bahan - bahan orang tu semua perkara biasa dalam PERSAHABATAN diorang . Tak salah pon sebab dah memang lelaki macam tu.

Kita perempuan lain , kita kadang - kadang dengar ayat diorang tu pon boleh sentap tak keluar rumah setahun . Diorang cool tak rasa apa-apa . Tak aku post ni bukan sebab apa,aku just nak korang tahu bahawa perempuan dan lelaki punya penerimaan berbeza . So please mind your language k lelaki bila cakap dengan perempuan , please jangan anggap kitorang perempuan ni macam kawan-kawan kau please . Memang lah orang kata Jujur itu lebih baik tapi kalau nak berkata jujur pon please lah kalau boleh jangan gunakan bahasa yang boleh buat perempuan terasa .

Ingat,perempuan ni EMOSI ,perempuan ni benda tak penting pon dia boleh sentap so please sebelum bercakap ke apa ke please fikir penerimaan kitaorang dulu . Dah diam aku tau aku lembik sikit-sikit nak touching but #ThatsJustMe . Memang ada perempuan yang kebal dengan segala macam ayat kau yang kasar semua tu tapi seriesly tak sampai 20% pon . K night

3 KOMENGG:

Anonymous said...

Happy birthday Taylor Swift!! Taylor Swift is damn beautiful like me. Hux hux bye.


Xoxo, from you know who right.

amna said...

setuju sangat :)
sentap lelebih pun susah gak kan kita-kita yang perempuan ni..

*so, kena belajar kawal emosi dan tamo sentap2 selalu ye ^^

SYAFIQAHSALEH said...

Betul betul ! Setuju :D

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA