Blog bukan hanya sekadar blog (part 1)

Sorry lah yer cik abang,cik akak,mak cik,pak cik dan pembaca blog ni,bermenjak-menjak ni suka benar update pagi - pagi buta.Kalau pagi - pagi buta tu pukul 5,6 pagi,boleh lah minta ampun.Ni kalau pukul 12.30 ni apahal,pagi ke tengah malam buta.Burung hantu pun dah boleh geng dengan aku.

-----------------------------------------------------------------------

Hari ni aku nak cakap lah sikit pasal blog ni.Semestinya ada orang yang akan kata,apa barang oo dengar budak kecil bagi nasihat pasal blog.HEHE.Itu sudah semestinya,Bukan nya mudah nak puaskan hati semua orang.Right ?

Setiap orang punya reason tersendiri kenapa korang ada blog?Untuk membebel,untuk luahkan perasaan geram,untuk mencari BF/GF/Suami/isteri/kakak,abang/adik angkat.Ada orang buat blog sebab diary online lah katakan.Ye lah selama ini,asyik menulis je,apa kata time zaman dah maju,menaip pula.Tak ke kelas giti.Blog bukan hanya sekadar blog.Adakah korang selama ini menganggap blog korang tu hanya tempat kau membebel sorang - sorang syok sendiri kat situ .Tak kan ? kecuali kalau blog tu blog private.

Pada aku blog ni bukan nya hanya sekadar blog.Bukannya hanya tempat aku menulis suka - suka,memaki hamun.Dekat blog aku tau pasal info semasa dah lah aku ni tak minat berita.Dengan blog aku dapat kenal kawan - kwan.Dekat blog aku dapat belajar benda yang tak da kat luar sana.Dekat blog aku dapat rasai FEEL penulis lain*tipu.SENGAL jer.Blog bukan hanya sekadar blog lah,macam kalau kau solat,tak da gunanya kan kalau kau tonggak tonggek,1 minit dah siap tapi kau tak dapat apa - apa.Macam tu lah juga dengan blog .

Apa orang kata,menyeluk pekasam biar lah sampai ke pangkal lengan .Hah,gitu le,kalau dah berBLOG tu biar lah blog dengan bersungguh - sungguh . Ni tak da nya gunanya follower banyak tapi tup-tup tengok comment,tak da orang comment,jangan-jangan tak da orang baca pon.Sebab benda sebab dah kau pergi satu blog tu main I follow u,u follow me back k.Nampak sangat lah yang korang ni follow secara terpaksa.Saja je nak menyemakkan blog list!Macam aku lah,aku tak main ok benda - benda tu.So kalau korang yang hantar benda tu kat shoutmix aku benda tu,sorry aku tak layan.Aku baca benda tu pon dah membantotkan semangat aku untuk ke blog korang okey ! Follow biar ikhlas ~ Biar lah follower 10 asalkan ada juga respon dari orang yang baca entri kita.Buat apa kuantiti banyak,tapi kualiti hampeh ~

Pada pendapat aku lah,ada orang kata kalau nak jadi blogger famous,jangan merepek,jangan berblogging merepek.Heh,tak da maknanya.Aku tak setuju okey .Aku tengok blogger yang famous tu seuanya cerita pasal life dia,dia pergi Bazar ramadhan lah,terjatuh masa shopping kat SOGO lah,Date ngan BF dekat taman titikwangsa lah ~.Belambak je aku tengok yang respon kat dia.So bila orang kata kalau nak famouskena buat tajuk yang serius,aku memang tak da lah nak sokong 100 %.Bak kata siggplus.Luahan hati dia ni pon ada benarnya juga.Credit;http://siggplus.blogspot.com

p/s;nanti aku sambung,banyak lagi aku nak bebel tapi dah lupa.sebelum online idea mencurah2,bila online otak terus tepu ~ Grrrr !

6 KOMENGG:

Rashid said...

hehe..

yup! masing-masing ada gaya tersendiri dan punya pembaca tersendiri.. yang penting kita berkongsi sesuatu dengan alam maya..

syahira ariff said...

setuju!
dgn blog dpt ramai kwn baru baru yg best
sigg tu mmg penulis berani la
aku respek sama dia
=]

nabilah_2908 said...

betul tu...tipu la sape cakap kalau nk famous kena letak tajuk skema...ayat2 dlm blog pun skema..

sape nk baca kalau cm gitu..yer tk..? baik baca buku.. :)


jom ke APA KATA HATI pulak
APA CERITA HARI INI

Anonymous said...

aku tulis blog sebab nak bersosial...haha.boleh gak camtu kan.huhu.sebenarnya aku main blog sebab menulis blog tu mcm tangkap gmbr..menyimpan memori..dan buk lah lg sebab.nak berkongsi pndpt jugak.

Anonymous said...

blog yang famous tu sebab orang yang tulis blog tu pandai menulis.
post die interesting lgpun.

Husna AOmar said...

ya betulllll !!

stiap org ada cara trsndiri nak bawak gaya apa dlm writing blog
:)

blog ni pun , bole exercise tangan
muagaga

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA