Tentang TOKEY BUDAK HIDUNG BESAR,TOKEY TU [Part 1]

Photobucket
kamilah budak hidung KECIK

Geng geng budak hidung besar,mari sini kejap,dopan dopan lagi.Psttt,rindu aku tak.Kadang2 korang pernah rasa tak korang ni pelik.Pelik macam korang ni kalau makan mesti kena pinggan kaca kalau tak pinggan kaca kau memang tak sentuh makanan .Cehh,macamtu lah contohnya.Kalau kepelikan tu kebaikan tak pe lah jugak .kau jangan lah pulak time makan kena korek hidung baru boleh makan kalau tak kau tak boleh makan.Itu memang masalah lah.Kalau nak makan ko kena baca doa belajar (?).

Cukup-cukup hentikan kemerepekan ini.Aku pon tak tau apa benda ayat yang aku nak cerita kan sebenarnya !!Entri ni tujuan nak cerita pasal kepelikan aku dan mungkin pada kau tak pelik sebab aku pon rasa tak pelik sebab aku rasa lebih ramai orang yang kepelikan dia tu sama pelik macam aku tapi aku still jugak nak cerita pasal pelik ni.PELIK PELIK PELIK KILEP PELIK KELIP.Berapa macam pelik dah .Yang pasti ni pasal aku dan tak pelik pon sebenarnya saja je over nak buat macam pelik

1.Aku kuat makan dan aku akan menjerit-jerit nak diet diet bila berat aku naik tapi aku still tak kawal makanan aku.Sengal bukan
Photobucket


2.Aku kalau tak boleh tidur aku akan bayangkan jalan cerita dalam novel.Sedang2 aku bayangkan tu lah sedar2 dah besok pagi.Magic kan.Novel yang selalu aku bayangkan adalah novel yang tragis-tragis.Bukan novel bukit kepong,pahlawan pasir salak tu.Mak aku selalu cakap kalau tak dapt2 tidur bayangkan taman yang kosong,macam padang2 yang zero lah.Macam dalam teletubbies tu tapi kan bila aku bayangkan je mesti teletubbies tiba2 muncul dan tengah2 baru nak lena dia muncul aku sedar balik !

Wei,macam mana kita boleh tercampak ke blog hidung besar ni wei , Eh eh ada orang lah,Aucak,kami teletubbiesss !

Suka-suka aku je buat skrip !

3.Aku kalau naik kereta aku mesti cop seat belakang pemandu .Sebab aku nak tengok cermin tu.Bukan aku tengok cermin tu sambil letak-letak bedak,eyeliner,blusher segala bagai tu.Benda tu aku buat sebab time tu lah aku buat ekspresi muka aku over-over.Time tulah aku jelir lidah,muncung itik,pipi kembung kembung ,nganga mulut.Memang ar semua nya macam BARAI je .Itu sbb lah kdg2 terjadi gambar luar kawalan oleh aku !

Kau tengok aku sorang je yang tersenget kat situ.Over .






4.Aku tak suka jumpa lelaki handsome secara live.[FAKE FAKE FAKE]
Gambar nak KOREA je,Biasa,GADIS

Betul lah mana ada FAKE,kawan2 aku baca mau sorang2 pelangkung kepala aku kang.Tapi serious aku cakap aku tak suka  jumpa lelaki handsome secara live lah .

5.Aku suka mengalan orang .Kau tak tau apa itu mengalan google translate lah sbb aku pon tak tau nak terangkan camna,Contoh,kalau orang tak kasi aku buat,lagi aku buat benda tu sampai orang tu rasa macam nak sepak-sepak aku je baru aku tak buat , Kawan2 aku selalu kadi mangsa,Pernah tu,aku main rampas je masa dorang tengah khusyuk baca magazine pasal Justin Bieber [die-hard fan lah katakan].Perghh,dorang marah sbb aku rampas.aku bagi kat tangan dia aku rampas balik.Superb annoying bukan .Aku suka kacau orang !
Photobucket
Photobucket
sering menjadi mangsa kejahatn kami !

6.Aku GILA kan sukan .Walaupon aku tak da lah wakil sekolah ke segala bagai hanya mewakili daerah sukaneka sahaja .[tutup muka]Aku still minat sukan.Maksud aku disini suka gila tengok sukan macam sukan komanwel,sukan olimpik dan pelbagai kejohanan kejohanan sukan lain lah.SUKMA pon aku layan lah sikit. Gila aku ni lain macam tau,kalau ada satu kejohanan tu tiap2 hari tu aku akan beli surat khabar .Tapi yang pastinya aku nak juga tau apa berita harini pasal kejohanan tu.Tu dulu lah tahap keterujaan lebih.Sekarang ,still lagi tapi x de lah teruja sangat.Kerja gila tu aku buat masa aku darjah 6,sukan olimpik beejing 2008,yeah,tiap2 hari aku pergi beli surat khabar walaupon bila balik abah aku mmg beli surat khabar.Tiap2 hari aku beli surah khabar dari start temasya tu sampai habis temasya tu.Perghh,kakak kedai buku [ko-op] tu siap dah kenal aku KOT.Tiap2 hari sanggup burn kan RM 1 beli paper.Yeah,Paper hanya RM 1 saja di kedai buku itu.Dan rakan-rakan aku tahu lah bagaimana aku adore Azizulhasni Awang.Sangat-sangat wei . Until Now ! Ada tambahan lah sebab azizul dah kawin aku choose Adiq Husaini pula.Gatal ~

Atlit terjun Negara .Sangat cantik Leong Mun Yee

Aku paling minat sukan terjun lah dalam sesuatu temasya sukan selain Lumba Basikal .Aku suka tengok dorang terjun hanya meninggalkan percikan yang sedikit mengalahkan kalau baling batu pon lagi tinggi percikannya .Ayat tak nak kalah tu .


Photobucket


Tarapapapapa,hanya cukup 6 sahaja sebab aku pon berpinar baca sbb taip panjang sangat.Ceh,nantikan siri 2 .Tentang Tokey Budak Hidung besar.Jong Jeng Jong !

2 KOMENGG:

melle. said...

serius panjang gila, haha

Affan Ruslan said...

erk, ada jugak ye org adore azizulhasni awang. hehe

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA