Showing posts with label budak hidung besar. Show all posts
Showing posts with label budak hidung besar. Show all posts

Budak Hidung Besar ? Apa tu ? Tak matangnya tajuk !!

Budak Hidung Besar ? Apa tu ? Tak matangnya tajuk !!
Sapa yang stylo gila badak cakap macam tu tuh,meh la muka ke muka .tak main la mulut ke mulut .hati ke hati. Aku mg suka buat gempak2 ni,cakap poyo macam ada orang nak cari gaduh dgn aku sdgkan tak pon.Wei,jom lah gadoh dgn aku ,jom lah,Olamak ai,What The Ekelleh,aku nak ajak orang gaduh pulak.ENTRI ni SEMACAM TAU.Otak tepu so inilah hasilnyaa.mmg bukan penulis yg baiikk.


BUDAK HIDUNG BESAR o.0 ? Pelik ke tajuk tu .Pada aku lah,mungkin first time dengar macam Wow,Hidung Besar.Keh2.Pada aku lah,aku tak tau la korang,Mungkin biasa kot sambil dalam hati kata 'Hekeleh,baru hidung besra dah kecoh,aku ni mulut besar,tangan besar ,kaki besar tak kecoh pon '.Kalau ye,Series,korang sangat SWEEEETTTTT Fewitttttttt lah.Oh lame =(.
Bukan hidung besar .Ini hidung panjangg.Nak tgk hidung besar,sila google lah tapi kau jangan nak hempuk aku bila google semua keluar gambar aku je.Ngeh2


Tengok hidung ekau ni kecik jo , apa kejadahnya letak hidung besar,besar lagi hidung nenek aku tapi tak da lah pulak dia nak letak nama blog dia budak hidung besar.Dia letak nama blog dia Nek Jijah GOJES GAJUS.Motif apa ltak hidung besar
Just FOR GILA - GILA.Tak sebenarnya aku ni sering kekeliruan identiti untuk letak nama blog,Point kepada KEKELIRUAN IDENTITI,maksud aku bukan aku yang kekeliruan identiti tapi blog ini.kita berbahasa mmg kena over sdgkan zero kan.Macam2 nama blog aku letak semuanya macam nak tiru kawan aku.Kawan buat tajuk blog inggeris,Bunny Rabbit,Superman,Oh Yeah,Gosip With Me Now,Gee Gaa Boo,aku pon gelabah lah daripada dah sign out blogger,sign in balik,lepastu tima nak sign in balik tu pulak internet buat hal,mulut siap memaki-maki ni cepat ar cepat ar broadband,lepastu dapat je bukak terus tukar nama blog jadi nama inggeris .OVER aku,semua nak tiru kawan.

Bila dihitung secara berat dan kasar ,ditimbang dengan penuh khusyuk.(ayat OVER lagi sekali) .Masalah KEKELIRUAN IDENTITI blog ini memang ditahap serious.Jika tidak dicegah boleh membawa kepada kehancuran


Ayat purple tu PALSU semata2

Bila fikir balik,aku kena buat tajuk blog yang unik,nak buat tajuk letak nama Cik,cik apa yang sesuai dengan aku,Cik Durian,Oh tak sesuaiii,Nak buat Miss,Aku tak layakkk wei,Cis,cis,tak layakk.Mrs,OHMYYYGOD,saya tak ada sapa2 punya lagiii lah.Encik,aku tak menghadapi kekeliruan jantina harap maklum.

Ramai orang kata,hidung aku mancung.Bersyukur ke hadrat Illahi,Tapi hidung aku ni x de lah mancung macam heroin hindustan segala bagai tu,Apa peribahasa pasal hidung tu,Mancung Bak Seladang,aku tak tau lah,tapi aku rasa adalah jugak seladang-ladang tu.Alooo mak cik,tak kan puji je pasal hidung,bagi ar hero dia sebiji.Keh keh keh

Ahhh,terima kasih kerana beri dia kepada saya sebagai hadiah mak cik.Ahh,lihatlah dunia.(MUNTAH DALAM BALDI )

Dushhhh,tak perlu over,ini pasal hidung,orang korea untuk mata sepet bukan pasal hidung mancung.So terima dengan Redha dapat hero hindustan jerrrrrrrrr... Mood PERASAN YANG OVER still ada lagi,sambung muntah lagiii.Over kau tau tak !



Aku hanyalah seorang perempuan di awal peringkat remaja.Tak percaya,aku subjek add math,biologi,jawab sejarah dalam subjektif pon aku tak hadapi lagi.So ini bukti yang kukuh bahawa aku hanyalah budak perempuan yang melukut sahaja dengan orang2 TUAA mahupun Warga Emass.*kelip2 mata.Aku juga hanyalah bukan A Girl's Next Door tapi Perempuan dalam rumah tu mungkin boleh diberi gelaran kepada aku.Buat blog,hanya lah sekadar untuk memeriahkan,menyemakkan arena blog mungkin.Tak layak den nak memeriahkan arena blog ! Apa yang dalam blog itulah aku di luar >>> Kalau mau hipokrit pon sikit2 lah,tak da lah kat luar BAIKKK kat dalam ni KEJI,Aku tak fake lagi.

p/s:BUDAK BARU BELAJAR

Saya pesan buat kamu .

Yor adik,Kakak abang.Janganlah suka buat saya macam terkedu depan shoutmix ek.I follow u,u follow back.Sorry saya tak layan lah benda tu.Bila saya tengok je benda tu saya rasa macam something je dalam hati ni.Mandi tak basah,makan tak kenyang,tidur tak lena.Tapi kalau nak letak jugak saya tak kisah tapi janganlah marah kalau saya tak follow balik tau.Oh sebenarnya nak cakap pasal benda lain.

Besok nak pergi satu tempat mana entah dekat Kedah untuk hadir ke majlis perkahwinan abang sedara.Oh harap semuanya baik2.selamat pergi dan balik.Dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan.Amin.Sapa geng hidung besar.silalah jaga blog budang hidung besar ini macam jaga blog korang sampai selasa ni.Sapa yang buat onar kat sini.Silalah layan mereka dgn baik2.X de lah,buat derk je dekat orang yang mengONAR tu.Doakan keselamatan saya dan keluarga.Amin.

Kain saya tak banjir .

Bersambung lagi dalam Tokey BUDAK HIDUNG BESAR Part 2. Memandangkan dah ada part 1 tak kan tak da part 2,Tapi bila dah ada part 2,nak jugak ada part 3.bila ada part 3 mula lah nak part4 ,part 5..Bagi betis nak peha .Cut,kita sambong EDISI kita

7.Kadang-kadang malu aku ni tak bertempat.Nak bayar barang pon aku malu kalau cashier dia lelaki lah.Gedik gila.Aku berani bila FOREIGNER yang jadi cashier je.Nama nak glamer je.Boleh jadi kalau aku nak makan kat satu kedai tu bila tengok ramai orang je,perasaan malu aku tu dah macam Positif 100 degree celcius.Metafora secara lebih tu.Tapi dngan kawan-kawan aku memang darjah tak tau malu tu tinggi gila lah.

8.Aku boleh menangis dengan benda yang tak penting.Contoh macamni,aku tak nak pergi rumah pakcik aku pon aku nangis.Pasal benda remeh temeh lah yg aku nangis.Tapi aku tak da lah kategori mudah banjir.Ayat nak cover je.Tapi yang pasti KAIN SAYA TAK BANJIR ,merujuk tajuk di atas.

9.Kalau aku jumpa perempuan,aku akan tengok PEHA dia.Bawah-bawah je lah.Bukan hobi lah tapi interest.Tak lah,aku nak tengok peha aku ke dia lagi besar dari aku.Itu adalah salah satu MOTIVASI UNTUK AKU KURUS.Kalau Peha dia kecik,umur dia lagi tua dari aku,Aku akan cakap dengan diri aku,Cuba kau bayangkan kalau umur kau macam tu,gemok mana kau.Cheh,kurang sikit aku makan.Motivasi buat diri sendiri.

10.Kadang-kadang tak yah pon fikir pasal nak kurus nak kurus ni sebab buat stress je dan janganlah fikir sampai orang-orang sekeliling pon naik menyampah.Ye lah,bila pergi shopping complex,tengok timbang duaposen terlompat-lompat nak timbang.Sanggup tukar duit bila tanya semua x de duaposen.Pergi shopping complex sebelah pon camtu..\Tingkat atas ada timbang pon nak catu.HAHA.Iklan sebentar bersama OREO .

11.Aku suka baca paper yang ada benda pasal complain-complain tu macam rakan BH,Metro,kosmo segala bagai tu.Aku suka gila baca pasal aduan tu sampai kawan2 aku pon pelik tengok aku suka baca benda tu.Tapi aduan rakyat aku tak tengok lah pulak.I MISS YOU Uncle Karam Singh Walia.Membaling dadu sampai tersasar,ada masa visitlah Budak hidung Besar.Nak jugak ~

12.Aku suka beli barang tapi aku tak pakai.Jangan lah ikot contoh aku ni.Membazir gila.Macam aku,beli shawl polka dot tak pakai pon,beli inner tak pakai pon.

13.Aku suka baca Novel,cerpen and bla bla cam tu lah.Sekarang dah kurang lah.Masa aku skolah rendah smpi tahun lepas aku mmg gila novel tapi tahun ni dah berkurang.Darjah 6 punya kisah.Pernah sekali tu besoknya aku nak trial PSRA [sklah agama punya periksa besar macam UPSR].Lepastu kawan aku bagi aku novel ni kat sekolah dia kata besok kena pulang balik..Dia bagi aku malam masa kat tusyen,malam tu balik je dari tusyen aku terus baca tak keluar bilik,aku tidur around 3 pagi camtu.Kat sekolah besoknya aku still baca masa tu cikgu tak da pergi mana tah.Bukti,kawan2 kau nampak aku baca novel tu smpi meleleh - leleh.Petang tu,kawan-kawan baca buku bawa ke mana-mana.aku still pegang novel.Besok nya TRIAL.Hebat gila penangan novel dulu kat aku.Yang aku tak sangka aku still  dapat result 89.8 %.0,2 tu je lagi nak gred cemerlang.Tk sangka gila.Bersyukur-.Aku dah tak nak dah buat kerja gila maca tu lagi.Aku dikenalkan kepada novel masa aku darjah 3.Masa tu bukannya aku dapat novel remaja,ke cerita kanak2 ke apa.Aku dapat novel alaf 21 daripada kawan aku.Imagine lah,budak darjah 3 baca novel alaf 21.Tu sebab lah melekat je dulu.Alhamdulillah,kegilaan tu dah berkurangan.Bersyukur sangat.

 Dekat atas kan aku dah tulis kalau ada part2 nak ada part3.So tunggu je lah part 3,aku nak korek lagi apa tentang aku ni sebenarnya.Bye Chau Cincau !

p/s;entri ni tak ada gambar kan.Tunggu part 3 je nanti.

Tentang TOKEY BUDAK HIDUNG BESAR,TOKEY TU [Part 1]

Photobucket
kamilah budak hidung KECIK

Geng geng budak hidung besar,mari sini kejap,dopan dopan lagi.Psttt,rindu aku tak.Kadang2 korang pernah rasa tak korang ni pelik.Pelik macam korang ni kalau makan mesti kena pinggan kaca kalau tak pinggan kaca kau memang tak sentuh makanan .Cehh,macamtu lah contohnya.Kalau kepelikan tu kebaikan tak pe lah jugak .kau jangan lah pulak time makan kena korek hidung baru boleh makan kalau tak kau tak boleh makan.Itu memang masalah lah.Kalau nak makan ko kena baca doa belajar (?).

Cukup-cukup hentikan kemerepekan ini.Aku pon tak tau apa benda ayat yang aku nak cerita kan sebenarnya !!Entri ni tujuan nak cerita pasal kepelikan aku dan mungkin pada kau tak pelik sebab aku pon rasa tak pelik sebab aku rasa lebih ramai orang yang kepelikan dia tu sama pelik macam aku tapi aku still jugak nak cerita pasal pelik ni.PELIK PELIK PELIK KILEP PELIK KELIP.Berapa macam pelik dah .Yang pasti ni pasal aku dan tak pelik pon sebenarnya saja je over nak buat macam pelik

1.Aku kuat makan dan aku akan menjerit-jerit nak diet diet bila berat aku naik tapi aku still tak kawal makanan aku.Sengal bukan
Photobucket


2.Aku kalau tak boleh tidur aku akan bayangkan jalan cerita dalam novel.Sedang2 aku bayangkan tu lah sedar2 dah besok pagi.Magic kan.Novel yang selalu aku bayangkan adalah novel yang tragis-tragis.Bukan novel bukit kepong,pahlawan pasir salak tu.Mak aku selalu cakap kalau tak dapt2 tidur bayangkan taman yang kosong,macam padang2 yang zero lah.Macam dalam teletubbies tu tapi kan bila aku bayangkan je mesti teletubbies tiba2 muncul dan tengah2 baru nak lena dia muncul aku sedar balik !

Wei,macam mana kita boleh tercampak ke blog hidung besar ni wei , Eh eh ada orang lah,Aucak,kami teletubbiesss !

Suka-suka aku je buat skrip !

3.Aku kalau naik kereta aku mesti cop seat belakang pemandu .Sebab aku nak tengok cermin tu.Bukan aku tengok cermin tu sambil letak-letak bedak,eyeliner,blusher segala bagai tu.Benda tu aku buat sebab time tu lah aku buat ekspresi muka aku over-over.Time tulah aku jelir lidah,muncung itik,pipi kembung kembung ,nganga mulut.Memang ar semua nya macam BARAI je .Itu sbb lah kdg2 terjadi gambar luar kawalan oleh aku !

Kau tengok aku sorang je yang tersenget kat situ.Over .






4.Aku tak suka jumpa lelaki handsome secara live.[FAKE FAKE FAKE]
Gambar nak KOREA je,Biasa,GADIS

Betul lah mana ada FAKE,kawan2 aku baca mau sorang2 pelangkung kepala aku kang.Tapi serious aku cakap aku tak suka  jumpa lelaki handsome secara live lah .

5.Aku suka mengalan orang .Kau tak tau apa itu mengalan google translate lah sbb aku pon tak tau nak terangkan camna,Contoh,kalau orang tak kasi aku buat,lagi aku buat benda tu sampai orang tu rasa macam nak sepak-sepak aku je baru aku tak buat , Kawan2 aku selalu kadi mangsa,Pernah tu,aku main rampas je masa dorang tengah khusyuk baca magazine pasal Justin Bieber [die-hard fan lah katakan].Perghh,dorang marah sbb aku rampas.aku bagi kat tangan dia aku rampas balik.Superb annoying bukan .Aku suka kacau orang !
Photobucket
Photobucket
sering menjadi mangsa kejahatn kami !

6.Aku GILA kan sukan .Walaupon aku tak da lah wakil sekolah ke segala bagai hanya mewakili daerah sukaneka sahaja .[tutup muka]Aku still minat sukan.Maksud aku disini suka gila tengok sukan macam sukan komanwel,sukan olimpik dan pelbagai kejohanan kejohanan sukan lain lah.SUKMA pon aku layan lah sikit. Gila aku ni lain macam tau,kalau ada satu kejohanan tu tiap2 hari tu aku akan beli surat khabar .Tapi yang pastinya aku nak juga tau apa berita harini pasal kejohanan tu.Tu dulu lah tahap keterujaan lebih.Sekarang ,still lagi tapi x de lah teruja sangat.Kerja gila tu aku buat masa aku darjah 6,sukan olimpik beejing 2008,yeah,tiap2 hari aku pergi beli surat khabar walaupon bila balik abah aku mmg beli surat khabar.Tiap2 hari aku beli surah khabar dari start temasya tu sampai habis temasya tu.Perghh,kakak kedai buku [ko-op] tu siap dah kenal aku KOT.Tiap2 hari sanggup burn kan RM 1 beli paper.Yeah,Paper hanya RM 1 saja di kedai buku itu.Dan rakan-rakan aku tahu lah bagaimana aku adore Azizulhasni Awang.Sangat-sangat wei . Until Now ! Ada tambahan lah sebab azizul dah kawin aku choose Adiq Husaini pula.Gatal ~

Atlit terjun Negara .Sangat cantik Leong Mun Yee

Aku paling minat sukan terjun lah dalam sesuatu temasya sukan selain Lumba Basikal .Aku suka tengok dorang terjun hanya meninggalkan percikan yang sedikit mengalahkan kalau baling batu pon lagi tinggi percikannya .Ayat tak nak kalah tu .


Photobucket


Tarapapapapa,hanya cukup 6 sahaja sebab aku pon berpinar baca sbb taip panjang sangat.Ceh,nantikan siri 2 .Tentang Tokey Budak Hidung besar.Jong Jeng Jong !
 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA