Nak cantik ke nak pandai ? Penat

Hye ! korang tau tak sapa yang baca blog aku ni aku sayang.Kalau rumah kita dekat  boleh je aku belanja makan ramai-ramai.Echehh kau macam ada orang baca ! Tapi memandangkan aku ni budak sekolah tak da duit kan,aku ajak korang date kat airport je boleh kan.Best apa airport boleh main kapal terbang KFC .boleh ambik gambar dengan patung MCD,boleh tengok pramugari cantik,pramugara handsome.Ok tak nak,pilot je kau nak? Taste tinggi kemain !

Aku sekarang ni tengah online sambil tengok bola.Sebenarnya,buku pun ada kat sebelah.Tapi biasa ar manusia akan memilih laptop dan broadband dari buku bukan.Kehkeh.#sorrykauterasa.#budaksekolah kan.Harini aku malas nak study ,aku penat . Tiap-tiap hari penat.Mata pon macam panda.Muka macam bibik-bibik dah.Bibik lagi cantik wei.Takpe,takpe.Nk cantik ke nak pandai ?nak dua-dua.TAMAK !gambar dalam phone mak aku,nanti aku upload.

RAYA 2010.Bajet hot budak pakai tudung coklat tu
Tuisyen malam dekat sekolah dah start.One word that i can describe ! BEST !! Betul tak tipu.Tiap-tiap hari kena pakai baju kurung pergi tuisyen malam.Muka pakai baju kurung kat atas tu.Ya Allah dah lah aku ni jenis baju kurung tak ada dalam almari.Ada pon sikit-sikit.Itu pon ada yang kena pakai inner atau yang manik berliplapliplap tu * mak aku yang suruh beli * Haha.So baju kurung yang simple sangat sikit.So kawan-kawan kalau tengok aku pakai baju sama tu,buat-buat pejam mata je lah.Tak yah kecoh-kecoh.

Kawan-kawan aku semua memang dah tahap cun comel melecun ar malam-malam pergi tuisyen tu.Shawl gypsi lah,tudung syria lah.Semua dah macam pengantin dah.Kalau masuk aku,anggap je lah aku ni tolong hidang lauk je dalam majlis kahwin tu.

Tapi bila kat sekolah,mata semua kuyu.muka semua mcm nak kena lempang je . Semua mulut ternganga-nganga,

Tadi,Pagi-pagi lagi dah ada perhimpunan kokurikulum,lepastu raptai perlantikan pengawas.Penat ! Time petang pulak,teruja tambah tamakaku lain macam sikit.Tadi berkawad dengan penuh semangat.Dah tak ada dah nak tutup-tutup mata sebab panas,tak ada.Time permainan pulak,tengah warm-up tu mungkin anugerah paling semangat buat warm-up aku dengan effa kawan aku boleh menang.Lompat bintang pon memang ar aku buat betul-betul harini.Cikgu cakap 8 buat 8.Time main bole jaring pulak seluar sampai koyak-koyak berebut bola.Bila balik pulak,tukar tudung sekolah terus main badminton.Kau tengok tinggi tak semangat kesukanan aku.Kenapa semangat sangat ni ? Semangat tu tak akan tinggi kalau berat tak naik.Balik rumah,bagus turun arh jugak 1 kg.Akhir kata,majulah sukan untuk negara,

 Arghh,homework tak siap lagi.Assalamualaikum

3 KOMENGG:

Arabella said...

bz nye laaa cik diyana kte ni ehh,
:)

KHAIRUNNIESA said...

Nice entry..haha...semogga berjaya menurunkan berat bdn..tp klau blh transfer lemak tu nisa nk RQ lemakmu itu...ehe..(^_^)

FariehanIbrahim [LBC] said...

wahhh! mntap nyee dia. ^^

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA