Exam mode

Exam selasa ni.Lek der PKS je kot.

ERK ? Tak nak LEK LEK TAK NAK.Tau tak kalau dapat nombor 10 terakhir kena turun masuk kelas second walaupon aku tau budak kelas second banyak je yang pandai-pandai.Waaaa,tak nak ar angkut kerusi meja beg pergi masuk kelas lain.Kalau kelas sebelah-sebelah tak apa lah.boleh kejap muncul kejap hilang.Ni nak pergi kelas tu macam merentas lautan api kau tau tak.Wah,hebat hiperbola tu.Betul lah kelas aku dah lah kat hujung dunia .

Lagi satu malas lah nak tukar-tukar kelas ni.nanti kena sesuai kan dengan diorang-diorang tu.Diorang budak yakin sentiasa yakin.Aku budak budi mestilah sering berbudi.Chehh.KONKLUSINYA,tak nak dapat 10 terakhir maknanya kena dapat 30 terawal kalau tak nak dapat 10 terakhir.Apa kejadah ayat macamni.

So kena lah belajar.Wuhuuu setakat ni baru habis study geografi and sejarah.Aku study geografi dengan buku rujukan je.Buku teks aku boleh pulak hilang time-time nak exam ni.Aku maafkan orang yang ambik tu sebab aku tau kau pon nak belajar jugak kan.Mungkin dia tak sedar dia ambik buku aku sebab terlampau khusyuk membaca tanpa tengok nama.Alololo.Buku kalau ada rezeki jumpa lagi,kalau tak aku kena pergi cziplee beli buku baru lah.

Sebenarnya,aku dengan hasya dah buat perjanjian tak nak online sampai khamis ni kan.Tapi maaflah perjanjian dibatalkan oleh aku.Gushh,aku dekat kampung ni.Aku kagum dengan internet kat sini.Betul-betul tak main ar sindir-sindir ni.Dan memandangkan aku ada kat kampung ni maksudnya aku ponteng tusyen sejarah ar ni.Tak apalah demi keluarga.Lagipon teman ni dapat shopping pashmina.ALOLOLOLL.Nampak sangat tak ikhlas tapi aku ikhlas je.dah lama wei tak jumpa nenek.

Malas lah nak share target aku kat korang.Nanti kata macam over confident pulak dah.Tapi kalau boleh biarlah result macam form 2 je.Tengok pon sedap je mata memandang.Mama dengan abah pon tak marah.Malas ar nak result macam form 1,tapi time tu aku tak kisah pon sebab result still sama dengan kawan-kawan/Hehe.

Ya Allah Ya Tuhanku,kuatkanlah semangat ku untuk menuntut ilmu.Terangkan hati ku untuk menerima ilmu dan berikan keputusan yang cemerlang kepada ku.

korang cepat bagi kata-kata semangat kat aku.

4 KOMENGG:

haasyaa said...

Muahahaha. Aku ter-online weh lupa pulak dah sign agreement :P

Syida Shu said...

wah , dah lama tak baca kisah budak skeolah ni ! :D

IntanBerlian said...

huhu belajar rajin2 adik!

KNS said...

aduh siap buat perjnjian lg..hehe
tp memang sush la nk hidup tnpa internet ni...
rindu hbis nnt..

follow ur blog ;p

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA