Duit yang dikumpul 4 bulan lebur dalam satu hari.Dahsyatnyaaa !

Hye.Tadi aku ke pesta buku.Yeah,tempat yang boleh buat aku menggelupur lepastu bila balik demam sekrang dah ok bila bukak blog.Oh rupanya demam rindu blog.BOLEH PULAK.

Pesta buku tadi sangat best bagi aku,duit yang dilaburkan juga best tapi puas.well dah suka kan.Harini pagi-pagi buta lagi bangun pagi terus aku sidai kain,masak air,basuh pinggan,susun pinggan sebelum mak aku suruh lagi.Kena tunjuk aku anak yang rajin walaupun memang kenyataannya.Oh pehlis backspace balik.Ye lah tiba-tiba kang parent aku cancel pergi kan menangis aku kang sampai 1 mei nanti.

JENG JENG JENG,berapa kali kah saya melipat seluar jean saya di kaki itu
ce teka,ce teka,kalau betul,nah gula-gula

Harini pakai tudung bawal ,tshirt,jean sama snikers saja.Mati ar aku kalau pakai shawal kang,keluar je PWTC,mati terbelit leher aku dengan shawl,tak pasal-pasal besok keluar paper front page.Pakai snickers untuk mengelakkan orang pijak-pijak kaki aku,pijak tak apa kalau sampai putus kang,naya je kaki ayam.
pak cik ni dah macam buat boria dah kat tengah-tengah PWTC ni

Orang kat pesta buku tadi pergh macamni (gaya tangan ke tangan terlekat).Yeah,macam tu lah.Tak sangka pulak aku orang Malasysia rajin membaca.Aku kalau ke Pesta buku,satu je borong novel dan majalah sampai habis duit,Harini aku beli 8 novel je.Sikit oh.Tapi bagi aku banyak tu,cukup ar stok sampai bulan 12 nanti.Tapi rasa macam dah hebat lah tu guna duit aku.

Tiap-tahun aku start dari bulan 1 memang akan kumpul duit untuk ke pesta buku.Nanti pandai-pandai ar aku congak sebulan berapa nak simpan.Mana dapat duit ? Tiap-tiap malam lepas tusyen aku pergi part time dekat stesen minyak tolong tuang minyak./nampak sangat menipunya /Haha,duit belanja parent bagi simpan lepastu bajet dekat kawan-kawan kata duit sendiri.=)

Tapi aku bila bab-bab buku study,minta parent.Masa nak bayar kat kaunter sasbadi tadi,depan aku nampak seorang ayah yang berwibawa,membelikan anak buku rujukan setebal Al-Quran.Tak silap aku ada 5 subjek rasanya.Dengan yakinnya,mengeluarkan kad kredit untuk membayar.Arghh,setiap ibu-bapa sanggup melabur untuk melihat anak berjaya.Aku lihat mak aku pandang aku,Ma,akak faham apa yang ada di dalam kepala mama.Dan kita sebagai anak kena faham-faham sendirilah untuk pilih jalan yang mana.Tu dia,Profesor Nur Diyana berkata-kata.Tu dia,tu dia.

Mungkin ada majlis pelancaran buku.Dan aku tak kenal sapa yang nyani ni.Mungkin artis nasyid dan muka good looking oh.Dah ar baru frust dengan ashraf muslim ni.Haha,joking.Btw,selamat bertunang.Nama tunang dia Dayana,Hye kak Dayana,nama saya Diyana !

Harini aku beli buku,membawaknya je dah terkangkang-kangkang aku nak jalan,Berat gila.Kalau timbang buku tu dengan aku,mungkin sama berat agaknya.Ehem-ehem,bila awak kurus Diyana !
Eeee,tomeyynya kakak titer.
Handsome tak pakwe kita,handsome kan.

Aku ni kalau merancang kat rumah lain,beli lain.Ingat tak nak beli novel kat JS.Sekali tengok Hlovate keluar novel baru,terus beli wei !To hlovate lover,dia dah keluar noval baru wei.Ada dua cerita pulak tu dalam satu novel.Yang tak minat novel,aku tau korang tak faham.



Dan sedang membaca dua novel ini sekarang.Selang-seli ,tapi dua-dua hero dalam novel ni ego melangit je.Kalau aku jadi heroin dah lama dah hero tu kena pelempang kiri kanan dari aku.Itu sebab ar aku tak boleh jadi heroin.Over bebenor.nampak nipis kalau aku campur dua novel tu punya mukasurat ada 1563
So bila dah jalan mengangkat buku pun macam tak jejak lantai,akak yang jual beg apa lagi promot ar beg kat aku.Akhirnya,dengan ikhlasnya aku beli beg ni.Comel kot dan paling penting semua buku sumbat dalam tu dan boleh jalan dengan stabilnya.

Tiba-tiba aku sedar,exam dah dekat.Jadi novel,aku terpaksa anak tirikan kau dulu.Maaf .
ini namanya tak ada gambar lain nak diambik
Hihihi,pakwe sapa lah ni

Jadi,kesimpulannya hari ini best dan saya wakil JKKKK blog ini ingin menyeru kepada semua pihak supayajangan lupa menghadirkan diri ke pesta buku kerana banyak manfaatnya.Bak kata seseorang,membaca jambatan ilmu.Assalamualaikum.

Aphal dah macam nak pergi berucap dah.

5 KOMENGG:

me is aku said...

td pun kite pegiii.. duit abis jugak. :(

Unknown said...

jealous! kne tunggu sabtu minggu depan sebab exam x habis lg.. T_T

Nursyairah said...

suke la tu dpt bei buku byk2 hehe

NAZ said...

kirim salam kat kakak tu haha

ILA HonEyBuNNy said...

bestnya g pesta buku...

xsempat ila g...dah cuti sekarang....

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA