Penggal ke 2 ni rasa macam nak penggal kepala sendiri je

Hye dan salam.ini bukan entri #wordless wednesday kerana ketika ini aku begitu teruja dalam menaip dan banyak penderitaan yang hendak dikongsi bersama . Seperti biasa,hari isnin sekolahh bermula.Aku pun dah macam blur macammana nak bangun pagi ni wei. Hari isnin dapat result dan alhamdulillah semua 4 paper yang dapat tu dapat buat aku  tersenyum-senyum sambil lompat-lompat . Lepastu menggelupur jumpa kawan , cikgu pulak banyak tak ada lepastu kelas tak ada cikgu . Semua bercerita bagai nak rak lah

Hari selasa dapat semua result . Aku ada dapat 44% wei. Teruk kan . Heh,tapi aku tak tau lah itu result PJ ke sivik.Kalau dapat tu dalam subjek PMR memang layak dipenggal je.Keputusan aku 6 A 2 B . BI dan Sejarah B . Aku ni memang jenis stok tak faham bahasa . Subjek bahasa lah dapat keputusan rendah , sejarah jangan cerita lah . Trial ni aku memang kena lebihkan BI dan sejarah lah .Bersyukur sangat dengan result walaupun tak straight,banyak yang meningkat dari PKS haritu.Dapat jugak top 10 di kelas.

Hari selasa balik sekolah kena tunggu mama habis meeting sampai tertidur.2.30 balik pukul 4 kena pergi tusyen . Balik tu terus ambik laptop siapkan journal.Journal ada 14 dan masa tu baru buat 5 .Rabu dah kena hantar kalau tak jalan itik lah. Buat buat pukul 8 kena apergi tusyen sekolah pulak.Tinggalkan journal pergi tusyen

Balik tusyen pukul 10 .Aku dah tak tahan , aku pergi beli cheese burger.Memang gila.Makan burger pukul 10 malam. Balik sambung buat journal.Pukul 12.30 siap dengan print.Cek buku,gosok baju  dan tidur. Harini nak bangun mmg ngantuk gila . Dekat sekolah jadual pula penuh . Lepastu siapkan folio lagi .Ingatkan petang ni free,sekali ada koko pulak.Dah lah kena berkawad,lepastu datang pulak ex-student ajar dengan penuh emosi.Dah lama tak kawad,dilatih pulak camtu.Aku tengok orang lain berasap je,tapi aku stay cool.Dah busy dengan macam-macam hal,tiba-tiba kawan tanya,Wei,kau rasa sempat ke kita nak study untuk trial ni . aku dengar terdiam,kau tau tak sekarang ni aku masih dalam mood bercuti .Tak habis-habis cuti . Kenyataannya, trial tinggal 6 jumaat lagi . Baru hari ke 3 penggal ke dua memang rasa nak penggal diri je sekarang ni.

3 KOMENGG:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

hihi sabar2.. setadi leklok ^^

NAZ said...

tekanan memuncak nampak nya :) kita kena sama arus dengan hari hari yang kita lalui. jangan bertentangan nanti penat

haasyaa said...

Tadi aku makan Rotiboy mak Effa. Jealous tak? :p

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA