Masalah bt Problem

Entri ni luhur dari hati . Agak serabut kalau membaca,tak nak baca sila skip ke entri bawah .saya tengah kecewa .saya tak tau nak cakap dengan sapa . kau tau perasaan aku sekarang bagai dicucuk belati tau tak . Sakit macam ambik pisau toreh hati sendiri . Rasa macam nak menangis tapi bila dah menangis nanti tak tau atas sebab apa. Rasa terbuku gila dalam hati bagai ada roti gardenier satu paket yang expired 23/5/2011.

Tahun 2011 tahun yang paling banyak buat aku memendam perasaan . Aku happy di luar kau tahu ke hati aku menangis kat dalam .Penat . Ya sangat penat main dengan perasaan . Tapi aku tak nak jumpa kaunselor cerita masalah aku . Kaunselor ada banyak lagi hal daripada dengar cerita soimmatured aku ni . Aku dah jadi bagai orang gila dekat twitter luahkan perasaan syok sendiri .

Aku jadi begini sebab kawan . Ya kawan . Bukan sebab kawan lelaki,boyfriend,pak mat jiran sebelah . Nope .Kawan.Bestfriend mungkin itupun kalau dia anggap lah . Hati aku sering provok aku  untuk melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya .  Dan aku sering kali mengikut kata hati yang jahat . Selepas itu ,aku akan rasa menyesal dan merasakan diri aku seorang yang tak berguna . Betul kata orang , ikut hati mati .

Sometime aku rasa boleh tak aku memulakan  pencarian kawan semula . Kawan aku baik ,kawan aku baik . Sangat baik tapi hati aku serasa ada something yang aku tak tau . Semalam aku bergembira , harini aku menderita . Sedihnyelah hidup kau ni Diyana .Jez ingat,yang aku ada Allah,aku ada Family.

Hukalohh apa lah entri sadis sadis ni .Terima kasihlah kerana membaca entri -ve 56 ni . Assalamualaikum

4 KOMENGG:

Far8 budak baik said...

ingt psl bf ke laki ke..
rupe nya kawan..
kawan laki ke pempuan??
hahahahaha...
bff pempuan ar kn..
tak pyh ar sedih simpn
dalm hati bagai..
hero ni kn ade..
hahahahaa =p

Husna AOmar said...

Haipppp!
Diyana, okay?

Biasalah, muda belia remaja mmg sinonim dgn masalah kawan :)
Husna pun

Entah, pernah dgar tak "Kwn semua org, tp cari sahabat betul2" ?

intan.maisarah said...

bagus kerana kamu masih ingat bahawa kamu punya keluarga.. Tuhan :)

haasyaa said...

Aku kawan kau kan? Chill.

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA