Selamanya Harimau Malaya

First of all,ucap tahniah lerr dekat diri sendiri kerana reti menghupdet blog sendiri.Ini semua nurul atiqah lah punya pasal merayu rayu .Rindu katanya.K,k ayat last tu dusta belaka.So apa cerita yang best untuk dikupas pepagi ni.

Watlek .Memang aku nak cerita pasal bola pon.Idea memang dah berlegar legar dah tinggal nak mencurahkan je ni.Aku tak tau lah sejak bila aku dah jadi macam selamanya harimau malaya.Tapi aku tau aku bukanlah fan sekuat jatuh bangun duduk harimau malaya yang lain .Ada masa goyang jugak oh sokongan aku .
Tak payah lah aku nak cerita 90 minit game semalam.Korang pon tengok kan.Semua macam teruja je menantikan game semalam. Apa kisah menang ke kalah,yang penting semangat #harimaumalaya tu tak pernah luntur ok . Aku rasa memang gempak gila lah +85 000 peminat di stadium tak campur lagi dekat mamak yang dekat rumah terpekik-pekik.Jarang wei situasi macam ni berlaku.Rasa macam 1Malaysia ni bersatu je semalam.

TERBAIKKK WEIII -gambar google

Heyy,kalau nak cerita perasaan syahdu tu jangan cerita lerr buat orang-orang yang over sensitif ni .Aku rasa ada je menangis terharu tengok rakyat malaysia bersatu semalam.Kau bayangkan 20 tahun nanti aku cerita kat anak aku macam mana situasi ni.Macam mana keterujaan aku bercerita pasal safee,khairul fahmi semua nanti.

Kecewa memang kecewa kita kalah .Tapi ada hikmah di sebaliknya tu .Mereka dah buat yang terbaik, peminat pon dah buat yang terbaik.Cuma belum rezeki kan . Skuad olimpik ada lagi,sukan asia ada lagi . Kekalahan tu bukan pengehenti tetapi permulaan untuk kita menjadi lebih baik lagi. Satu je lah nak cakap,jangan nak support time menang je.Agak - agak la wei,kata peminat setia baru kalah dah memaki.

Dua je lah yang aku tak berkenan game malam tadi.Satu,tak hormat lagu negara.Rileks lah bengang mana pon,lagu-lagu,bendera kebangsaan ni tak yah campur lah.Bola is bola,.Second,laser . Yang main laser ni #SoYesterday ok.First time ke apa datang stadium sampai teruja cenggitu sekali.

Aktor terhebat dekat padang semalam jangan kata lah banyak mana.Aku syak player-player ni jealous agaknya dengan Aaron Aziz yang famous so semua stok ambik hati David Teo dengan Yusof Haslam lah teww.Tak apa,tak apa,kau tunggu je lah watak tambahan dalam KL GANGSTER 2 nanti.Kena bahu,pegang kepala.Langgar orang sendiri jatuh.Mende wei.


 
Malam 28 Julai 2011 memang malam terbaik,malam jumaat yang dikenang-kenang terutama buat Juma'at Jantan,Shahril Ishak dan teman-teman .So kepada Singapura,semoga berjaya lah hendaknya yer dan semoga tercalon lah anda dalam grammy award akan datang.Aku jangka aktor terbaik Izwan Mahbud.Yang penting kita ORIGINAL,mereka spicy campur lada sulah,lada hitam,cili padi,cili api .(WARGHH CILI).Itu patut kita banggakan.

HarimauMalaya dalam hati selamanya. Selama-lamanya.

Gila membara aku buat entri ni.

Sumber gambar adalah dari google.Maaf lerr kalau tak mintak izin.

3 KOMENGG:

Far8 budak baik said...

pehhh kauuu..nnti kau dah tua..
gigit takde dahh..ingt lagi ker
pasal bola kali ni nk cite kat cucu cucu =p..haha..tu ar..main laser..
mmg kita yg kene..dah ar nk keja gol kn..huh..

p/s gol pertama sorak tak hingat..
gol kedua..sunyi sepi taman rumah aku ni..haha

zati embong said...

lepas ni,kena kuatkan lgi semua posisi.hihi

kaizen said...

ye.. kite dpt lihat ye betapa ramai pemain2 singapura ingin menceburi bidang lakonan seperti aaron aziz....

latest entry 2 Benda yang Blogger TAKUT & Urban : Camera Paling CANGGIH

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA