Sains Banting ! Meh saya datangggggggg

Assalamualaikum semua ! Hai semua saya ada kawan baru nama dia hacchum ! Hacchum say hai dekat peminat i lalala hacchummmm . Heh peminat lah sangat kan ,naa aku selsema,pening kepala sebenarnya .Tak perlu pelik lah blog ni dah lama tak berupdate,korang perlu pelik kalau blog ni berupdate . Dah nama pon blog terbiar kannn .

Hai korang,semoga akak,abang,adik,mak cik,pak cik ,jiran belakang tepi kanan atas sihat k . Aku memang busy sejak masuk form 4 ni ,Tah benda tah penat macam benda tah tahun lepas exam year pon tak nazak macamtu . Weeee korang , i have a good news to share ! Alhamdulillah,aku dapat tawaran ke asrama penuh . Perasaaan aku ? Derr gila suka kot impian aku weh nak pergi sekolah lain.

Tahniah anda ditawarkan ke SMS Banting ~

Ohnanana bersyukur gila ,dah lah sekolah tu sekolah baru and kitorang first batch .Yeahhh dan kitorang senior,form 5 tak ada lagi .Hahaha agak-agak ada tak budak form 1 buli budak form 4 ? Tak kot .So surat pon dah sampai ,lagi 11 hari nak pindah .Banyak gila urusan ,nak buat check-up yadda yadda. 

Nak kata teruja pon agaklah sikit .Ye lah semua orang tau malam tadi,aku pulak malam tadi pukul 10 lagi aku dah tidur macam boss .Orang lain dok sibuk tweet,buat status ,Alhamdulillah bagai aku terbongkang .Ye lah aku tidur awal kan sebab aku tengah baca buku Bio ,aku biasalah bila baca buku sekolah kan cepat je tertidur . Lagi-lagi malam tadi hujan kan,wuuu memang aku tidur dengan lena peluk buku Bio lah senang sikit nak hafal jasad golgi benda tah tu .

Pagi tadi mak aku kejutkan aku dengan teruja .Hahaha ayat BM terabur . Dia punya excited tu macam eh eh bangun bangun harini raya cepat mandi sunat .Haha pon boleh . Aku dah macam apahal ni ,sekali aku ikut dia pergi laptop jengjengjeng terpampang TAHNIAH . Perghh bangun pagi muka tak boleh blah sekali dapat pergi SBP haha gila tak happy .

Uuuu aku terus yeay yeay dapat siap lompat lompat peluk mak aku .

Lepastu mak aku ni macam saja je kan dia tau aku tak nak MRSM sebab aku takut MRSM lepastu dia saja kata k jom check MRSM pulak .Aku dah macam Urghh mama,no mama no ,orang tak nak. Lepastu bukak-bukak tak boleh check hahaha riangnya hati aku but aku tau mesti tak dapat punya  MRSM sebab haritu aku buat ujian kelayakan MARA tu mesti result aku teruk gila .
 
Sampai sekolah terus tanya kawan-kawan "Eh dapat tak,dapat tak " . Soalan famous hahaha jam-jam ni lah bajet retis . Ada kawan yang dapat Seseri,MTD,Sains Muar .Yang pasti memang tercampak 1Malaysia . Heh ! Aku tahu aku kuat,aku tahu aku boleh . Allah tahu aku boleh survive lah itu sebab dia bagi aku peluang ni . Kuat semangat Diyana,Kuat !

2 KOMENGG:

Dila azie said...

Tahniah ! Belajr rajin-rajin tau .(:

amna said...

tahniah :)

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA