Salam ramadhan

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua . Bila tengok like seriously dah berapalama aku tak update blog hei .Hahaha inilah padahnya apabila balik rumah tidur didahulukan blog dikebelakangkan dah pergi masuk sungai kau blogggggg .

So lets make it short and sweet . I just want to wish Salam Ramadhan buat semua umat Islam tak kira walau di mana jua anda berada kita tetap bersaudara .Semoga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini .Pergi tarawikh,try untuk cover ibadah sunat yang kita kurang buat pada bulan-bulan yang lain .Even busy pon just try untuk luangkan masa .


Harini dah 8 Ramadhan .Arghh bulan 7 pon dah nak habis .Final exam pon dah bagi salam nak melawat and next year SPM . Dah dah malas nak fikir ,tahun depan baru fikir .This year pengalaman pertama berbuka di perantauan hahahaha k rantau lah sangat kan ,guna ayat perantauan konon2 feeling tak buka dengan family lah padahal perantauan lain-lain daerah je =P.Berbuka dekat asrama,hmmm bolehlah best lah jugak time baca doa buka puasa bergema satu dewan makan .Best lah jugak cuma makanan dia tak adalah meriah macam kat rumah .Kalau kat rumah lepas habis makan nasi,naaaa ambik kau ada roti john,tepung pelita,kuah tu,kuih ni .Dekat asrama pulak,habis je nasi ,hmm k pinggan kosong pandang muka kawan hmm k pergi surau,tiada makanan yang menantiku .

Puasa dekat asrama tak adalah penat sangat sebab puasa ke tak puasa sama je busy .Setiap masa penuh dengan aktiviti and tetiba pukul 7 turun surau and lepastu buka .Iklan pada hari ini,isilah masa anda dengan perkara2 yang berfaedah nescaya anda tidaklah akan merasa penat .Iklan habis . Sahur pulak hmmm memang jarang turun sebab banyak faktornya .Last2 sahur makan kurma,minum air .Best apa puasa dengan adik-adik dorm,sebagai kakak dorm terbaik haruslah sebelum tidur baca niat puasa ramai-ramai lepastu baru tidur .Sangat prihatin kan aku hahaha tapi dah tak jadi kakak dorm yang terbaik apabila sahur ADIK DORM yang kejutkan bangun .Sighh.Jadi itulah pengalaman pertama saya berpuasa di perantauan (LONDON) ,kahkah bajet journal je wei .


Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

credit to : heree


0 KOMENGG:

 
DIYANAasri2011
EDITED BY DIYANA